RAHSIA HEBAT MENJAMIN DANA PENDIDIKAN ANAK

DAFTAR TUISYEN

PERKHIDMATAN GURU HOME TUITION BAGI SEMUA PERINGKAT (UPSR, PMR, SPM & DIPLOMA) SILA HUBUNGI CIKGU AZMI
Ditalian 0192653791
KELAS HOME TUITION ARAB & PENDIDIKAN ISLAM juga disediakan
atau hantarkan resume ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Tuesday, November 22, 2011

Victoria Instituition

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Salah seorang saya yang baru mendapat 5A untuk keputusan UPSR bertanya kepada saya, apa yang perlu dia lakukan apabila tinggal di asrama kelak. Pelajar saya ni memang bijak dan ceria orangnya serta aktif bersukan. Wakil sukan untuk pasukan bolasepak sekolahnya, jadi apabila dia memaklumkan saya sekolah apa yang dia akan masuk tahundepan di tingkatan 1. Rupa-rupanya Victoria Instituition.

Sekolah ini memang mempunya reputasi baik saban tahun dan salah satu sebab utama keluarganya memohon sekolah tersebut kerana pasukan bola sepaknya adalah antara yang terbaik di Malaysia. Mendapat tempat ke 2 peringkat kebangsaan (wallahu'alam). Bagus sangatlah kalau dia dapat menyeimbangkan kokurikulum dan akademiknya. Mana tahu satu hari nanti dia akan meneruskan legasi Harimau Malaya (saya tak suka bola sepak tetapi saya suka lihat anak didik saya berjaya).

Dengan sedikit pertolongan daripada ibubapa lain yang anaknya sedang belajar di VI, saya doakan semuanya berjalan lancar. Amin.

Sedikit info tentang VI


Victoria Institution is a premier secondary school for boys (and girls for Form 6) and one of the oldest schools in Kuala Lumpur, Malaysia. The school is widely known as V.I. and a student of Victoria Institution bears the name Victorian.
VI achieves well in academic fields and sports at secondary school level in Malaysia. It was named a Cluster School of Excellence by the Malaysian Ministry of Education and considered one of the best non-residential schools in Malaysia.[1] The school is named after Queen Victoria of the United Kingdom, and was opened to commemorate her golden jubilee.

Wednesday, November 16, 2011

Semak Keputusan UPSR Melalui SMS

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Disini saya sertakan cara mudah memeriksa keputusan UPSR 2011 yang akan keluar hari ini 17 November 2011.

TAIP UPSR>>No Angka Giliran UPSR<< dan Hantar kepada 15888.

Mudah bukan.

Pelajar Tuisyen Rumah UPSR 5A

Assamu'alaikum Wrmbth, Alhamdulillah pelajar tuisyen rumah saya Syafiq mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR 2011. Baru sahaja dimaklumkan kejayaannya ini. Selaku guru Home Tuition awak, cikgu mengucapkan tahniah kepada Ibubapa anda (en. Mohd Syahrezan dan Puan Sherina Tan) yang sangat prihatin akan nasib dan masa depan anak mereka. Sikap dan disiplin anda dan sokongan moral ibubapa anda memungkinkan ini semua berlaku.

5A bukan segalanya tetapi kehadiranmu Menceriakan suasana
Bergiat dalam dunia tuisyen rumah ini memberikan saya banyak pendedahan dalam aspek keibubapaan yang betul dan juga yang wajar dijadikan sempadan. Ibubapa yang memberikan wang ringgit tanpa meluangkan masa bersama anak mereka berbanding mereka yang memberikan masa dan harta (termasuk home tuisyen kerana bayarannya lebih daripada tuisyen di pusat tuisyen)

Masa untuk muhasabah diri saya sebagai guru tuisyen rumah dan ibubapa. Apa yang saya boleh praktikkan dirumah bersama isteri untuk kebaikan dan masa depan anak saya kelak. Insyaallah.

Home Tuition Klang Bandar Putri

Assalamu'alaikum Wrmbth, Cuti sekolah menlang tiba dan sebagai ibubapa kegusaran timbul kerana anak-anak dirumah tanpa pengisian bermakna. Kini ada penyelesaiannya, khidmat HOME TUITION KLANG khusus bagi pelajar di bandar klang, Meru, Setia Alam, Bukit TInggi dan Bandar Botanic. Perkhidmatan tuisyen di rumah ini memungkin peluang untuk anak anda mencapai kecemerlangan lebih tinggi daripada pelajar lain.

Tahukah anda, Walaupun belum lagi cuti sekolah tetapi ramai ibubapa yang meneruskan home tuition atau tuisyen dirumah khususnya bagi pelajar tahun 6 yang baru sahaja menduduki peperiksaan UPSR 2011. Saya juga sedang mengajar pelajar saya dengan tuisyen di rumah di Klang dan Shah Alam bagi subjek-subjek kritikal seperti Matematik dan Sains.

Ternyata anak-anak ini lebih mudah memahami pembelajaran kerana ibubapa mereka memberikan ruang bercuti tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan pelajaran anak mereka. Servis Home Tuition Klang dan Shah Alam ini telah pun saya jalan selama lebih 3 tahun dan ternyata pelajar yang tidak membazirkan masa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Mari seiringkan pencapaian kokurikulum dan akademik semasa cuti seolah ini, hubungi Cikgu Azmi dan Faizal bagi khidmat Home Tuition Klang dan Shah Alam di talian 0192653791.

Salam kecemerlangan melalui Home Tuition ( Tuisyen di Rumah )

Keputusan UPSR Keluar Hari Ini

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Dulu semasa menjadi pelajar, hari keputusan keluar merupakan hari yang paling saya nanti-nantikan. Debaran tersebut jelas terasa dan sejak melangkah keluar dari universiti, siapa sangka kegusaran dan keseronokan masih boleh dirasai. Sebagai guru tuisyen rumah kepada beberapa murid UPSR, keputusan hari ini juga membuatkan hati berasa seronok.

Mengimabu kembali kenangan lama, Alhamdulillah berjaya juga melepasi peperiksaan besar dengan keputusan jaya. Kini ku temui kegemberiaan baru dalam mengajar anak murid yang benar-benar mahu berjaya dan berusaha. Insyaallah keputusan UPSR yang keluar hari ini akan menjanjikan kegembiraan bagi pelajar yang baik sikap dan disiplinnya. Semoga berjaya Insyaallah. Seronok juga jadi guru tuisyen rumah ni.

Do your MSc & PhD (by research) in UTP

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Sesiapa yang layak dan berminat buat PHD dan Master di UTP boleh rujuk artikel dibawah


LINK ASAL.. SILA HUBUNGI ORANG DALAM LINK YA... BUKAN SAYA

Baru-baru ini telah diluluskan 34 projek research di bawah Yayasan UTP bernilai RM7.6 juta di UTP.

Jika anda berminat nak buat MSc atau PhD by research bergaji minima RM2K (sebagai graduate student), inilah masanya!

Ini kerana 34 projek tersebut memerlukan student bergaji untuk menjalankan kerja itu.

Bidang yang berkaitan adalah seperti berikut:

1. Enchanced Oil Recovery
2. CO2 Management
3. Seismic Imaging
4. Ionic Liquids
5. Biomass
6. Energy System
7. Offshore Structures

Jika ada yang benar-benar berminat, sila PM saya.

Jangan lepaskan peluang ini diambil oleh pelajar luar negara (yang biasanya tidak akan contribute kembali kepada negara kita). Rebut peluang ini... kerana pool of foreign students yang bersedia nak sambut memang ramai!

Friday, November 11, 2011

KELAS INTENSIF & ULANG KAJI SEMPENA CUTI SEKOLAH


KELAS INTENSIF & ULANG KAJI SEMPENA CUTI SEKOLAH

Tawaran kepada Ibu/Bapa/Penjaga Pelajar

Assalamua’laikum wrm wbt

Semoga Tuan/Puan sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.

Kelas tersebut akan diadakan bermula dari 21 Nov 2011 hingga 24 Dis 2011 selama sebulan. Antara objektif program adalah:

a.       Memastikan cuti sekolah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
b.      Dapat memperbaiki kelemahan dalam pelajaran yang lepas.
c.       Supaya pelajar dapat menguasai pelajaran pada tahun hadapan sepenuhnya (khasnya pelajar Tahap 2).
d.      Tidak lupa dan leka sepanjang 2 bulan bercuti.
e.      Mengubah tradisi bercuti untuk meningkatkan prestasi.

Kelas ini hanya berjalan sepanjang cuti sekolah. Kelas adalah berbentuk ‘group tuition’  ( 5-6 orang) atau ‘personal tuition’ (perseorangan). Beberapa kelebihan menghadiri kelas intensif dan ulang kaji ini adalah:

f.        Pembelajaran lebih tertumpu kepada latihan dan perbincangan.
g.       Masa pembelajaran tidak membebankan, hanya 3 jam sehari, 4 hingga 5 hari seminggu.
h.      Yuran yang berpatutan dan mempunyai pilihan bayaran.
i.         Pembayaran yuran adalah fleksibel (mengikut terma dan syarat yang ditetapkan), jika anda bercuti.

Diharapkan para ibu bapa memanfaatkan peluang yang ditawarkan ini demi mengekalkan seterusnya meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak tuan/puan. Sebarang pertanyaan yuran dan pendaftaran sila hubungi Puan Norbiza di talian 016-2640388.

Bagi Jadual, sila ajukan pertanyaan kepada Puan Norbiza