RAHSIA HEBAT MENJAMIN DANA PENDIDIKAN ANAK

DAFTAR TUISYEN

PERKHIDMATAN GURU HOME TUITION BAGI SEMUA PERINGKAT (UPSR, PMR, SPM & DIPLOMA) SILA HUBUNGI CIKGU AZMI
Ditalian 0192653791
KELAS HOME TUITION ARAB & PENDIDIKAN ISLAM juga disediakan
atau hantarkan resume ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Tuesday, November 22, 2011

Victoria Instituition

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Salah seorang saya yang baru mendapat 5A untuk keputusan UPSR bertanya kepada saya, apa yang perlu dia lakukan apabila tinggal di asrama kelak. Pelajar saya ni memang bijak dan ceria orangnya serta aktif bersukan. Wakil sukan untuk pasukan bolasepak sekolahnya, jadi apabila dia memaklumkan saya sekolah apa yang dia akan masuk tahundepan di tingkatan 1. Rupa-rupanya Victoria Instituition.

Sekolah ini memang mempunya reputasi baik saban tahun dan salah satu sebab utama keluarganya memohon sekolah tersebut kerana pasukan bola sepaknya adalah antara yang terbaik di Malaysia. Mendapat tempat ke 2 peringkat kebangsaan (wallahu'alam). Bagus sangatlah kalau dia dapat menyeimbangkan kokurikulum dan akademiknya. Mana tahu satu hari nanti dia akan meneruskan legasi Harimau Malaya (saya tak suka bola sepak tetapi saya suka lihat anak didik saya berjaya).

Dengan sedikit pertolongan daripada ibubapa lain yang anaknya sedang belajar di VI, saya doakan semuanya berjalan lancar. Amin.

Sedikit info tentang VI


Victoria Institution is a premier secondary school for boys (and girls for Form 6) and one of the oldest schools in Kuala Lumpur, Malaysia. The school is widely known as V.I. and a student of Victoria Institution bears the name Victorian.
VI achieves well in academic fields and sports at secondary school level in Malaysia. It was named a Cluster School of Excellence by the Malaysian Ministry of Education and considered one of the best non-residential schools in Malaysia.[1] The school is named after Queen Victoria of the United Kingdom, and was opened to commemorate her golden jubilee.

Wednesday, November 16, 2011

Semak Keputusan UPSR Melalui SMS

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Disini saya sertakan cara mudah memeriksa keputusan UPSR 2011 yang akan keluar hari ini 17 November 2011.

TAIP UPSR>>No Angka Giliran UPSR<< dan Hantar kepada 15888.

Mudah bukan.

Pelajar Tuisyen Rumah UPSR 5A

Assamu'alaikum Wrmbth, Alhamdulillah pelajar tuisyen rumah saya Syafiq mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR 2011. Baru sahaja dimaklumkan kejayaannya ini. Selaku guru Home Tuition awak, cikgu mengucapkan tahniah kepada Ibubapa anda (en. Mohd Syahrezan dan Puan Sherina Tan) yang sangat prihatin akan nasib dan masa depan anak mereka. Sikap dan disiplin anda dan sokongan moral ibubapa anda memungkinkan ini semua berlaku.

5A bukan segalanya tetapi kehadiranmu Menceriakan suasana
Bergiat dalam dunia tuisyen rumah ini memberikan saya banyak pendedahan dalam aspek keibubapaan yang betul dan juga yang wajar dijadikan sempadan. Ibubapa yang memberikan wang ringgit tanpa meluangkan masa bersama anak mereka berbanding mereka yang memberikan masa dan harta (termasuk home tuisyen kerana bayarannya lebih daripada tuisyen di pusat tuisyen)

Masa untuk muhasabah diri saya sebagai guru tuisyen rumah dan ibubapa. Apa yang saya boleh praktikkan dirumah bersama isteri untuk kebaikan dan masa depan anak saya kelak. Insyaallah.

Home Tuition Klang Bandar Putri

Assalamu'alaikum Wrmbth, Cuti sekolah menlang tiba dan sebagai ibubapa kegusaran timbul kerana anak-anak dirumah tanpa pengisian bermakna. Kini ada penyelesaiannya, khidmat HOME TUITION KLANG khusus bagi pelajar di bandar klang, Meru, Setia Alam, Bukit TInggi dan Bandar Botanic. Perkhidmatan tuisyen di rumah ini memungkin peluang untuk anak anda mencapai kecemerlangan lebih tinggi daripada pelajar lain.

Tahukah anda, Walaupun belum lagi cuti sekolah tetapi ramai ibubapa yang meneruskan home tuition atau tuisyen dirumah khususnya bagi pelajar tahun 6 yang baru sahaja menduduki peperiksaan UPSR 2011. Saya juga sedang mengajar pelajar saya dengan tuisyen di rumah di Klang dan Shah Alam bagi subjek-subjek kritikal seperti Matematik dan Sains.

Ternyata anak-anak ini lebih mudah memahami pembelajaran kerana ibubapa mereka memberikan ruang bercuti tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan pelajaran anak mereka. Servis Home Tuition Klang dan Shah Alam ini telah pun saya jalan selama lebih 3 tahun dan ternyata pelajar yang tidak membazirkan masa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Mari seiringkan pencapaian kokurikulum dan akademik semasa cuti seolah ini, hubungi Cikgu Azmi dan Faizal bagi khidmat Home Tuition Klang dan Shah Alam di talian 0192653791.

Salam kecemerlangan melalui Home Tuition ( Tuisyen di Rumah )

Keputusan UPSR Keluar Hari Ini

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Dulu semasa menjadi pelajar, hari keputusan keluar merupakan hari yang paling saya nanti-nantikan. Debaran tersebut jelas terasa dan sejak melangkah keluar dari universiti, siapa sangka kegusaran dan keseronokan masih boleh dirasai. Sebagai guru tuisyen rumah kepada beberapa murid UPSR, keputusan hari ini juga membuatkan hati berasa seronok.

Mengimabu kembali kenangan lama, Alhamdulillah berjaya juga melepasi peperiksaan besar dengan keputusan jaya. Kini ku temui kegemberiaan baru dalam mengajar anak murid yang benar-benar mahu berjaya dan berusaha. Insyaallah keputusan UPSR yang keluar hari ini akan menjanjikan kegembiraan bagi pelajar yang baik sikap dan disiplinnya. Semoga berjaya Insyaallah. Seronok juga jadi guru tuisyen rumah ni.

Do your MSc & PhD (by research) in UTP

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Sesiapa yang layak dan berminat buat PHD dan Master di UTP boleh rujuk artikel dibawah


LINK ASAL.. SILA HUBUNGI ORANG DALAM LINK YA... BUKAN SAYA

Baru-baru ini telah diluluskan 34 projek research di bawah Yayasan UTP bernilai RM7.6 juta di UTP.

Jika anda berminat nak buat MSc atau PhD by research bergaji minima RM2K (sebagai graduate student), inilah masanya!

Ini kerana 34 projek tersebut memerlukan student bergaji untuk menjalankan kerja itu.

Bidang yang berkaitan adalah seperti berikut:

1. Enchanced Oil Recovery
2. CO2 Management
3. Seismic Imaging
4. Ionic Liquids
5. Biomass
6. Energy System
7. Offshore Structures

Jika ada yang benar-benar berminat, sila PM saya.

Jangan lepaskan peluang ini diambil oleh pelajar luar negara (yang biasanya tidak akan contribute kembali kepada negara kita). Rebut peluang ini... kerana pool of foreign students yang bersedia nak sambut memang ramai!

Friday, November 11, 2011

KELAS INTENSIF & ULANG KAJI SEMPENA CUTI SEKOLAH


KELAS INTENSIF & ULANG KAJI SEMPENA CUTI SEKOLAH

Tawaran kepada Ibu/Bapa/Penjaga Pelajar

Assalamua’laikum wrm wbt

Semoga Tuan/Puan sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.

Kelas tersebut akan diadakan bermula dari 21 Nov 2011 hingga 24 Dis 2011 selama sebulan. Antara objektif program adalah:

a.       Memastikan cuti sekolah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
b.      Dapat memperbaiki kelemahan dalam pelajaran yang lepas.
c.       Supaya pelajar dapat menguasai pelajaran pada tahun hadapan sepenuhnya (khasnya pelajar Tahap 2).
d.      Tidak lupa dan leka sepanjang 2 bulan bercuti.
e.      Mengubah tradisi bercuti untuk meningkatkan prestasi.

Kelas ini hanya berjalan sepanjang cuti sekolah. Kelas adalah berbentuk ‘group tuition’  ( 5-6 orang) atau ‘personal tuition’ (perseorangan). Beberapa kelebihan menghadiri kelas intensif dan ulang kaji ini adalah:

f.        Pembelajaran lebih tertumpu kepada latihan dan perbincangan.
g.       Masa pembelajaran tidak membebankan, hanya 3 jam sehari, 4 hingga 5 hari seminggu.
h.      Yuran yang berpatutan dan mempunyai pilihan bayaran.
i.         Pembayaran yuran adalah fleksibel (mengikut terma dan syarat yang ditetapkan), jika anda bercuti.

Diharapkan para ibu bapa memanfaatkan peluang yang ditawarkan ini demi mengekalkan seterusnya meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak tuan/puan. Sebarang pertanyaan yuran dan pendaftaran sila hubungi Puan Norbiza di talian 016-2640388.

Bagi Jadual, sila ajukan pertanyaan kepada Puan Norbiza






Saturday, October 1, 2011

Graduan IPTA Digalakkan Menceburi Perniagaan

Kelab Siswazah Tani di IPTA
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2011/02/19

NOH (dua dari kiri) merasmikan program Agro-Xplorasi diperhatikan Johan Jaafar (kiri); Timbalan Ketua Sektor Perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif (dua dari kanan) dan Badaruddin  di Seri Pentas TV3, semalam.
NOH (dua dari kiri) merasmikan program Agro-Xplorasi diperhatikan Johan Jaafar (kiri); Timbalan Ketua Sektor Perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif (dua dari kanan) dan Badaruddin di Seri Pentas TV3, semalam.
Pertubuhan diwujudkan April tarik belia jadi petani moden

PETALING JAYA: Bagi menarik minat golongan belia menceburi bidang pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan Kelab Siswazah Tani di seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai April ini.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar percaya penubuhan kelab itu akan menyedarkan golongan belia dan lepasan sekolah untuk mengikut jejak langkah mahasiswa yang turut berminat menceburkan diri dalam sektor pertanian.
“Jika belia melihat mahasiswa sanggup menjadi petani, ia boleh menarik mereka untuk sama-sama menjadi petani moden.

“Kementerian akan membentuk jawatankuasa supaya kelab dapat menjalankan program berkaitan sektor pertanian seperti pameran, seminar atau program bersama usahawan tani.

“Kita akan memberikan bantuan kewangan supaya kelab dapat aktif dan agresif menjalankan aktiviti yang dapat menarik minat mahasiswa serta belia menceburi sektor pertanian,” katanya selepas melancarkan program Agro-Xplorasi di Sri Pentas, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Paduka Badaruddin Amiruldin.
Agro-Xplorasi yang akan disiarkan di TV3 mulai 26 Februari ini adalah dokumentari 10 episod memaparkan kejayaan usahawan tani serta dihoskan Nazruddin Habibur Rahman atau Naz, Annahita Bakavolli dan Danny Anwa atau Danny X-Factor.

Noh berkata, kementerian turut bercadang menarik 300 siswazah menyertai Program Pembangunan Usahawan Siswazah Tani pada tahun ini dengan menghantar mereka mengikuti kursus untuk mendalami bidang pertanian, industri asas tani dan penternakan seperti kambing atau ikan hiasan, khasnya ikan arowana.

“Jika siswazah terbabit berminat menceburi sektor pertanian dan penternakan yang diikuti dalam kursus berkenaan, kita akan terus beri modal, bantuan kepakaran dan benih.

“Tahun lalu, kementerian berjaya menarik 250 siswazah menyertai program ini dan tahun ini, petunjuk prestasi utama (KPI) saya ialah mencari 300 siswazah,” katanya.

Katanya, siswazah yang berminat menceburi bidang perniagaan berasaskan pertanian akan dijadikan anak angkat syarikat yang terbabit dalam industri asas tani untuk mempelajari asas-asas memula dan menguruskan perniagaan.

Thursday, September 22, 2011

Tuisyen Peribadi Matematik Seksyen 23 Form 3

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Khidmat cikgu tuisyen rumah diperlukan bagi kes tuisyen rumah bagi Subjek Matematik PMR. Pelajar ini juga memerlukan guru Sains (Sila rujuk kes tuisyen sebelum ini) dan menjadi kelebihan bagi mereka yang dapat mengajar Sains dan Matematik. Butir-butir adalah seperti berikut:


Rumah Kediaman:Seksyen 23 Shah Alam
Subjek: Matematik
Bilangan Pelajar/kelas: 2 orang Perempuan
Sesi:1 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Open
Kod: Open

Tuisyen Rumah Sains Seksyen 23 Form 3

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Guru tuisyen rumah diperlukan bagi kelas tuisyen rumah di seksyen 23 Shah Alam. Medium pengajaran adalah bahasa inggeris bercampur bahasa melayu.

Buti-butir kes in adalah seperti berikut:
Rumah Kediaman:Seksyen 23 Shah Alam
Subjek: Sains
Bilangan Pelajar/kelas: 2 orang Perempuan
Sesi:1 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Open
Kod: Open

Bahasa Inggeris Form 3 Seksyen 23

Assalamu'alaikum wrmbth,

Tawaran khidmat tuisyen peribadi bagi guru yang dapat mengajar di rumah pelajar seksyen 23 Shah Alam. Matapelajaran dikehendaki adalah Bahasa Inggeris Tingkatan 3 atau PMR. Butir-butir adalah seperti berikut:

Jika anda mampu mengajar subjek BM dan BI serentak maka adalah amat digalakkan memohon untuk tuisyen sebelum ini juga. Selamat berjaya

Rumah Kediaman:Seksyen 23 Shah Alam
Subjek: Mata pelajaran Bahasa Inggeris
Bilangan Pelajar/kelas: 2 orang Perempuan
Sesi:1 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Open
Kod: Open

Bahasa Malaysia Seksyen 23 Form 3

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Kes tuisyen ini akan bermula pada musim cuti sekolah 2011 (November 2011) bagi pelajar tingkatan 2 yang akan naik ke tingkatan 3 bagi sesi persekolahan 2012. Kelas tuisyen rumah ini akan berterusan sehingga PMR 2012

Buti-butir kes in adalah seperti berikut:
Rumah Kediaman:Seksyen 23 Shah Alam
Subjek: Bahasa Malaysia
Bilangan Pelajar/kelas: 2 orang Perempuan
Sesi:1 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Open
Kod: Open

Sunday, September 18, 2011

Tuisyen Sejarah Form 4

Assalamu'alaikum Wrmbth

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dipelajari dari sejarah lampau. Malah, mereka yang berjaya mengambil iktibar akan mendapat kejayaan. Kes tuisyen berikut memerlukan bantuan guru yang berpengalaman mengajar subjek sejarah.


Butir-butir bagi kelas ini adalah seperti berikut:
Rumah Kediaman:Seksyen 30 Shah Alam
Subjek:Sejarah
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang Perempuan
Sesi:1.5 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Closed
Kod: TTasha

Tuisyen PMR Bahasa Malaysia

Assalamu'alaikum Wrmbth

UPSR sudah berlalu tiba, syabas dan tahniah kerana berjaya melepasi ujian getir ini, kemanakah halatuju anda selepas ini dan isil masa anda dengan kegiatan bermanfaat.

Peperiksaan besar seterusnya ialah PMR yang bakal berlangsung bermula 5 Oktober 2011. Mashaallah, kurang sebulan lagi dari tarikh keramat ini. Dimaklumkan bahawa satu kelas tuisyen rumah intensif diperlukan oleh seorang pelajar melayu islam bagi menghadapi PMR. Tutor yang berminat sila dapatkan maklumat lanjut dibawah.

Rumah Kediaman: Seksyen 13 Shah Alam
Subjek: Bahasa Malaysia
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang
Sesi:4 jam / Minggu
Permintaan khas: Latih tubi dan intensif soalan peperiksaan sebenar dan model. Kaedah menjawab soalan
Status: Closed
Kod: TSykn

Saturday, September 17, 2011

Tuisyen Peribadi Bahasa Inggeris Seksyen 30

Assalamu'alaikum Wrmbth

Seorang lagi pelajar perempuan di tingkatan 4 memerlukan bantuan guru tuisyen rumah bagi subjek bahasa inggeris. Kediaman pelajar ini berada di seksyen 30 Shah Alam dan menjadi kelebihan bagi mereka (Home tuition tutor) yang duduk berhampiran bagi memohon kes tuisyen rumah ini.









Butir-butir bagi kelas ini adalah seperti berikut:

Rumah Kediaman:Seksyen 30 Shah Alam
Subjek: Bahasa Inggeris (English Language)
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang Perempuan
Sesi:1.5 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Closed
Kod: TAnur

Bahasa Malaysia Bukit Naga SPM

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Selamat menyambut hari malaysia pada tanggal 16 September 2011, hari penyatuan tanah melayu dengan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia. Lebih lanjut boleh baca semuala buku sejarah ya. :)

Kes tuisyen rumah kali ini terletak jauh sedikit dipinggir Shah Alam, Seksyen 30 Bukit Naga. Seorang pelajar perempuan melayu islam yang sedang berada di tingkatan 4 pada tahun 2011 ini. Butir-butir tuisyen peribadi dirumah ini adalah seperti berikut:

Rumah Kediaman:Bukit Naga Seksyen 30 Shah Alam
Subjek: Bahasa Malaysia
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang Perempuan
Sesi:1.5 jam / Minggu
Permintaan khas: Jika tutor perempuan, anda boleh memilih untuk mengajar pada siang hari 3 petang keatas dan malam. Tutor lelaki pula pada waktu malam shaja
Status: Closed
Kod: TAnur


Manfaatkan masa kita bersama untuk kecemerlangan masa hadapan. Wallahu'alam

Thursday, September 15, 2011

Ibu Bapa Perlu Lapor Kepada Jabatan Agama Islam Jika Guru Cuba Sebar Agama Lain - TPM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ibu bapa perlu melaporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing jika terdapat guru atau guru tuisyen yang cuba menyebarkan agama lain kepada anak-anak yang beragama Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata Jabatan Agama Islam di negeri-negeri mempunyai kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan kesahihan perkara tersebut sebelum melaporkan kepada Jabatan Agama Islam, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan & Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras di sini Khamis.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang mendakwa seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama di sini, mengajar murid-muridnya yang kebanyakan mereka beragama Islam menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
Dilaporkan murid-murid beragama Islam yang belajar di kelas tuisyen yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu telah diajar menyanyikan lagu 'Yes, I know Jesus loves me' dan 'Hari ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib.
Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan mampu bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib dan difahamkan, para murid tersebut diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau dimaklumkan pusat tuisyen itu bukan diadakan di dalam kawasan sekolah di situ tetapi di luar sekolah.
Ibu bapa pelajar yang terlibat perlu menyiasat bagi memastikan keadaan sebenar dan Kementerian Pelajaran akan pantau perkara tersebut, katanya.
"Hal begini tak boleh dilakukan, kerana kita ada undang-undang tertentu (dan) enakmen tertentu," katanya.
Sementara itu, mengenai isu peletakan jawatan 146 staf akademik Universiti Malaya sejak 2009 kerana didakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Muhyiddin berkata adalah tanggungjawab Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mendapatkan laporan yang sebenar.
"Perlu melihat apakah isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh mereka dengan Naib Canselor, dan lihat apakah hal-hal lain yang menyebabkan mereka mengambil langkah-langkah demikian.
"Kita tidak boleh membuat andaian di peringkat awal," katanya.
Beliau berkata apa yang penting adalah memastikan pentadbiran universiti itu berjalan dengan baik, dan hubungan antara kakitangan dan pimpinan tertinggi berjalan dengan akrab.
Ini merupakan sasaran untuk mencapai kecemerlangan di peringkat universiti, katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Setiausaha kementerian itu Tan Sri Mahmood Adam dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

-- BERNAMA

Tuesday, September 13, 2011

Tuisyen Intensif Sejarah & Geografi PMR

Assalamu'alaikum Wrmbth

Adik-adik kita sedang menduduki UPSR untuk hari ke 2 hari ini. Cikgu doakan semuanya dapat menjawab dengan baik insyaallah dengan segala rumah, home tuition, tuisyen rumah dan kelas tambahan yang dihadiri sudah tentu membuahkan hasil. Selebihnya berserah pada Allah SWT.

Jadi, selepas ini ada pelajar di tingkatan 3 pula bakal diuji ujian getir Penilaian Menengah Rendah PMR dalam jangka masa kurang sebulan. Bermula 5 Oktober hingga 11 Oktober. Bagi guru dan tutor berkelayakan dan berkelapangan membantu pelajar di seksyen 13 ini membuat persiapan intensif terakhir melalui khidmat tuisyen peribadi, teruskan membaca:


Rumah Kediaman: Jalan Bola Sepak Seksyen 13 Shah Alam berdekatan dengan Extreme Park
Subjek: Sejarah & Geografi PMR
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang
Sesi:2 jam / Minggu
Permintaan khas: Latih tubi dan intensif soalan peperiksaan sebenar dan model. Kaedah menjawab soalan
Status: Closed
Kod: TSykn

Monday, September 12, 2011

Tiga Sebab Menuntut Ilmu

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Sedikit perkongsian tentang sebab kita menuntut ilmu dari Imam Al-Ghazali

1) Kerana Allah dan Rasulullah menyuruh kita melakukannya
2) Supaya tidak tergolong dalam golongan jahil
3) Agar kita dapat membela agama Allah.

Wallahu'alam

UPSR Bahasa Malaysia 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth pembuka bicara,
Kepada pembaca yang dihargai,
Ujian Penilaian Sekolah Rendah adalah Acara,
Dinanti pelajar sehingga diigaui.

Hari Selasa 13 September,
Kertas BM satu dan dua,
Gunakan semua ilmu yang telah ditimba,
Jika gementar cuba ketawa


Kertas kefahaman dan tatabahasa,
soalan objektif harus dipilih,
Menjawab soalan perhatikan masa,
Tumpukan perhatian usah teralih

Selamat berjaya kepada anak murid semua.. :)

Guru Tuisyen Peribadi adalah Guru Kaunseling

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Setelah beberapa ketika saya mengajar tuisyen dirumah pelajar, didapati ramai juga pelajar yang mempunyai masalah peribadi dan perlukan rakan untuk mendengar masalah mereka?

Anak-anak kita adalah pelajar sepenuh masa, bukan robot dan mesin yang tanpa perasaan dan boleh di paksa untuk bekerja. Elemen emosi dalam pengajaran harus diambil berat kerana keadaan sahsiah yang baik dapat memberikan anjakan semangat untuk berjaya.

Jika di pejabat, para pekerja mengharapkan penghargaan majikan mereka, anak-anak pula mengharapkan perhatian dan tunjuk ajar ibubapa dan guru.

Peringkat paling tinggi yang jarang dicapai oleh golongan muda adalah bekerja dan melakukan sesuatu dengan ikhlas untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Jadi, sebagai guru tuisyen yang juga merupakan ibubapa, suami,isteri dan lain-lain .. layanlah anak murid anda sebagaimana anda mengharapkan guru-guru melayan anak anda. Allah swt maha adil kerana jika hari ini anda membuat kerja sambil lewa dan mengabaikan tanggungjawab mengajar dengan jujur lihatlah pada masa depan bagaimana orang lain melayan anak anda.

Peringatan kepada diri sendiri supaya tidak leka mengejar wang dan mengabaikan tanggungjawab.

Wallahu'alam

Sunday, September 11, 2011

Pengaruh Pembacaan Pada Tingkah Laku

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Saya suka membaca buku dan kadang kala tabiat membaca buku ini membuatkan saya membeli terlalu banyak buku sehingga tidak terbaca semuanya.

Alhamdulillah sempena cuti raya yang panjang, saya sempat menghabiskan salah satu buku yang telah berada dalam simpanan saya selama 3 tahun. Buku berjudul "Blink, thinking witout thinking" yang berkisar tentang fenomena yang dipanggil "thin slicing" atau dalam bahasa melayunya "naluri".

Apalah guna ilmu tanpa amalan, antara maklumat berguna yang dapat dikongsikan ialah telah dilakukan satu kajian di barat dimana seorang profesor telah memanggil 30 orang pelajarnya untuk satu ujian psikologi.

Tindak tanduk pelajar sebelum dan selepas ujian diperhatikan, dalam ujian tersebut para pelajar tersebut diberikan 10 soalan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat yang betul. Contohnya seperti berikut:
  1. Tua - Saya - Seorang- Sudah - Sudah - Yang
  2. Lupa - Dia - Lahir - Akan- Tarikh - Nya
  3. Mereka -Bandar - Sunyi - Cuti - Tinggal -Yang - Di -Semasa - Perayaan - Cuti
  4. Ubat - Sakit - Bagi - Adalah - Hati - Cinta
  5. Kedut - Baju- Hilangkan - Di - Dapat - Setrika
  6. Ibu - Penat - Sudah - Menasihatkan - Degil - adik - yang
  7. Kelas - Hari - Lambat - Matematik -Bermula - Lambat 
  8. Cinta - Laila - Berakhir - Majnun - Sedih - berkesudahan
  9. Somalia - Rakyat - Simpati - Mengharapkan - Ramai - Orang
  10. Mangsa - Mati - Kemalangan -Kejadian - Tersebut - Di - Tempat
Dari hasil kajian, didapati majoriti pelajar yang telah mengambil ujikaji ini berjalan dengan lebih lambat semasa pulang dari ujian berbanding semasa mereka menuju ke bilik profesor.

Menagapa ini terjadi? Cuba perhatikan ke10 soalan tersebut mengandungi ayat berkenaan usia tua (Mati, Simpati, Sedih,Penat, Kedut, Sakit, Lambat, Lupa, Sunyi). Minda separa sedar mereka telah disuapkan dengan emosi dan persepsi tentang kehidupan warga emas secara tidak sedar.

Bayangkan pengaruh bahan bacaan seperti buku, surat khabar dan rancangan televisyen yang memaparkan keganasan dan keruntuhan moral kepada masyarakat negara kita? Anda yang bijak sudah tentu akan mengambil pelajaran dari kajian ini. Kita harus bergaul dengan orang yang baik dan persekitaran yang baik.

Tapis media dan pengaruh buruk jauh dari minda anak-anak kita terutama sekali semasa mereka masih kecil.
Sebab itu, kawan-kawan anda sangat memberikan pengaruh pada diri anda.


Dari kajian ini lagi, perkara ini hanya berkesan jika orang yang diuji tidak mengetahui tentang tujuan ujian tersebut dilakukan untuk mendapatkan hasil.

Jadi, bagi guru dan ibubapa adalah penting bagi kita semua memberikan kata-kata positif dan galakan dalam jangka masa panjang untuk membina keyakinan diri dan anak-anak kita lebih-lebih lagi semasa memulakan sesi pengajaran.

Bukankah ada riwayat mengatakan seorang muslim adalah cerminan kepada muslim yang lain. 

Wallahu'alam

Tuisyen Peribadi Matematik Putraheight Darjah 5

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Cuti sekolah menjelang tiba bagi sesi persekolahan 2011. Sebagai guru dan ibubapa yang berusaha mendidik murid dan anak anda mencapai kejayaan, seeloknya cuti ini dimanfaat sepenuhnya agar pelajar tidak lupa apa yang dipelajari disekolah.

Kes tuisyen dibawah adalah bagi kelas tuiyen peribadi Matematik darjah 4 di Putraheight.

Rumah Kediaman: Putra Height Berdekatan Bank Islam
Subjek:Matematik
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang Perempuan
Sesi:2 jam / Minggu
Permintaan khas: Guru berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun
Status: Pending
Kod: Pending

Tuisyen Rumah Putra Height Darjah 5 Matematik

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Tawaran tuisyen rumah bagi kelas tuisyen di jalan Putra Indah bagi seorang pelajar darjah 5, pelajar ini menghadapi masalah terlalu aktif didalam kelas dan memerlukan seorang guru yang sabar.

Butir-butir kelas adalah seperti berikut:

Rumah Kediaman: Jalan Putra Indah Putra Height
Subjek: BM dan Matematik
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang
Sesi: 2 jam / kelas / minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Pending
Kod: Pending

Bagi guru yang berminat, sila hantarkan resume ke cikgutuitioncentre@gmail.com ubtuk pertanyaan lanjut.

Kelas ini akan berjalan seperti biasa pada cuti sekolah akhir tahun 2011.

Friday, September 9, 2011

Last Minute Study Tips

Assalamu'alaikum Wrmbth,

UPSR is just around the corner, while PMR and SPM will certainly arrive anytime soon. For those who are desperate and making last minute study, here's some tips that you might find useful:


Last-minute study strategies

Where possible, plan your exam study well ahead of time. Although it is not advisable, if there is an emergency or delay it is possible to do some last-minute study for an exam or test. The following approach may help.
  • Take 5 pieces of paper and write down one topic or key concept at the top of each page. Add keywords or phrases or use mnemonics when you list your points.
  • Without referring to a textbook, in your own words write a short definition or description of each key concept; try and limit yourself to no more than 10 lines.
  • Check your definition and description against your lecture notes, textbook or study guide.
  • Revise and modify your notes based on the information in your lecture notes, textbook, etc.
  • Place the pieces of paper in order of importance and number them 1 - 5. This could be based on the learning objects of the paper.
If you have time you should repeat the steps above for additional topics, and then reorder the overall level of importance.
You can repeat the whole process, if time allows, to a total of nine concepts as this is the approximate limit you will be able to recall (Miller, 2003). Any more and you will have difficulty at this late stage.
Regard this procedure as an emergency strategy. It should not be a substitute for doing proper exam or test preparation. You will get much better results if you put more time and effort into studying effectively for exams using a long term study cycle.

More Tips on: STUDY LAST MINUTE

Perhatian Untuk Ibubapa

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Semua ibubapa memang beruntung kerana dikurniakan anak dan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Ramai pasangan yang berkehendakkan anak tetapi masih belum punya rezeki.

Dari aspek pembangunan negara, mereka bakal menentukan masa depan sesebuah negara. Menyedari kepentingan golongan muda ini kepada kita, ramai musuh sedang menunggu kecuaian kita dan memasang jerat untuk mencemari pemikiran anak-anak.

Kisah ini berlaku semalam, semasa saya sedang mengajar salah seorang anak murid saya. Sasya (Bukan nama sebenar) amat gembira kerana rakan baiknya menghadiahinya seutas rantai kunci yang berwarna warni.

Bayangkan kegembiraan seorang anak riang berusia 10 tahun yang sememangnya masih suci ini. Kecerian jelas terpancar di riak wajahnya. Semasa kelas, saya pun ternampak rantai kuncinya yang unik itu. Boleh lihat gambar dibawah
Sekali pandang memang macam gula-gula kan (dan itulah sangkaan anak murid saya).. Setelah diperiksa dengan lebih teliti, rupa-rupanya keychain tersebut adalah K_ND_M.. Ya Allah..

Setelah disiasat, rupa-rupanya rakan pelajar saya membelinya dari kedai berdekatan rumahnya. Ibubapa keluarga terbabit telah pun dimaklumkan dan telah mengambil tindakan lanjut.

Demi masa depan anak-anak kita dan sudah tentu anak saya kelak, kita wajar peka dengan sebarang usaha DURJANA ini.

Semoga Allah melindungi anak-anak kita dari gelombang kuning ini.

(P/S: Kisah ini adalah benar dan saya merahsiakan identiti pelajar tersebut bagi menjaga keperibadian mereka) Wallahu'alam

Thursday, September 8, 2011

Jadual Prinsip Akaun SPM 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Jadual peperiksaan SPM pun sudah keluar. Yang ini untuk Prinsip Akaun yang merupakan kertas sukar bagi bidang perdagangan.

Sempat lagi untuk khidmat guru tuisyen peribadi di rumah ni.


PRINSIP AKAUN SPM 2011
05 DISEMBER 2011 (ISNIN)
Kertas 1 : 11.15 - 12.30 tgh
Kertas 2 : 2.00 - 4.30 ptg

Doa Semasa Peperiksaan

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Disini cikgu kepulkan doa yang bagus dijadikan amalan oleh pelajar lebih-lebih lagi semasa musim peperiksaan ni.


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

 Namun yang penting usaha dan tawakal. Paling sukar ialah untuk istiqamah

Semoga Berjaya Menempuh Peperiksaan UPSR

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Setelah semua penat lelah mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja rumah. Minggu depan 13-15 September 2011 bermulalah peperiksaan Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR)

Kepada semua anak murid cikgu, cikgu doakan semoga anda semua sihat dan bersemangat berjuang menghadapai ujian getir ini. Cikgu tiada ditepi anda menjawab soalan seperti biasa dan segala-galanya bergantung pada persiapan sebelum ini.

Ibubapa dan guru-guru anda berada disisi anda Insyaallah.

Intensive Home Tuition Mathematics

Assalamu'alaikum Wrmbth,

specially held for the coming school break, here is the offer for you to catch up and gain a competetive edge among your peers. Dial up and call Cikgu Azmi to polish up your Mathematics skill and gain academic excellence when school break is over.

I'll be right at your doorsteps to help your children spend their quality time at the comfort and safety of your home. Call 0192653791 Cikgu Azmi

Tuisyen Peribadi Darjah 2 Seksyen 7 Shah Alam

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Seorang bapa di seksyen 7 Shah Alam memerlukan bantuan mengajar anaknya yang kini di darjah 2 (Sekolah Rendah). Kriteria guru yang dikehendaki adalah seorang guru sekolah rendah sebenar yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun mengajar darjah 1,2 & 3. Kes tuisyen peribadi ini HANYA TERBUKA untuk guru yang memenuhi kriteria sahaja.

Rumah Kediaman: Seksyen 7
Subjek: BM,BI, Sains dan Matematik darjah 2
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang lelaki
Sesi: 1.5 jam / kelas / minggu
Permintaan khas: Guru sekolah rendah berpengalaman mengajar darjah 1,2 & 3
Status: Pending
Kod: Pending



Pelajar ini memerlukan bantuan lanjut bagi subjek bahasa malaysia. Sikap yang ditonjolkan oleh pelajar ini bergantung kepada bagaimana tutor atau guru terbabit menerangkan kepadanya. Kes yang memerlukan seorang tutor berpengalaman dan sabar dalam mengajar.

Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0192653791 atau emel ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Tuesday, September 6, 2011

Bahasa Inggeris SPM Guru Tuisyen Rumah

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Seorang pelajar perempuan tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2011 memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar guru sekolah berpengalaman dalam mempersiapkan diri menduduki peperiksaan SPM. HANYA GURU SEKOLAH sahaja yang memenuhi kriteria diberikan ibubapa pelajar ini. Mereka yang berkelayakan boleh merujuk butir-butir dibawah:

Rumah Kediaman: Seksyen 7 Shah Alam
Subjek: Bahasa Inggeris
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang
Sesi: 2jam / Minggu
Permintaan khas: Cikgu Sekolah sahaja
Status: Nazirah
Kod: TNazirah


Kelas ini dijangka bermula selepas cuti hari raya aidilfitri.

Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0192653791 atau emel ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Tuisyen Rumah D Kayangan bahasa Malaysia

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Guru tuisyen bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia SPM diperlukan di Seksyen 13 Shah Alam, pengetahuan mendalam dan pengalaman mengajar subjek terbabit akan meningkatkan peluang mendapat tuisyen ini. Butir-butir lanjut seperti tertera dibawah:

Rumah Kediaman: Seksyen 13, Berdekatan Tesco Extra
Subjek: Bahasa Malaysia SPM

Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang lelaki
Sesi: 1.5 jam / kelas / minggu
Permintaan khas: Pengajar Berpengalaman
Status: Shikin
Kod: TShikin




Pelajar ini memerlukan bantuan lanjut bagi subjek bahasa malaysia. Sikap yang ditonjolkan oleh pelajar ini bergantung kepada bagaimana tutor atau guru terbabit menerangkan kepadanya. Kes yang memerlukan seorang tutor berpengalaman dan sabar dalam mengajar.

Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0192653791 atau emel ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Guru Tuisyen Ampang Hilir UPSR

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Guru Tuisyen Rumah di perlukan bagi seorang murid tahun 6 di Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Pelajar ini telah mengalami kemalangan dan tertinggal sesi pembelajaran di sekolah. Seorang guru tuisyen yang berdedikasi tinggi diperlukan bagi membantu pelajar ini.

Rumah Kediaman: Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Subjek: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang
Sesi: 2jam / Setiap hari sehingga UPSR
Permintaan khas: Pengajar Berpengalaman
Status: Atina
Kod: TAtina


Pelajar ini tidak mempunyai masalah sikap dan bermotivasi tinggi untuk belajar. Ia bukanlah satu kes tuisyen yang sukar jika dibandingkan dengan kes-kes khas.

Kami menyediakan pekhidmatan home tuition berkualiti, Hubungi Tutor Azmi 0192653791 atau emel ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Home Tutor Anda

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Selesai sudah sebulan berpuasa,
Ramadhan pergi wajar ditangisi,
Selesai cuti terus periksa,
Siapkan bekalan ilmu terisi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Raya-raya juga, misi menuju kejayaan tetap berterusan.
Maaf Zahir batin dari kami kepada anda semua.

Sunday, August 28, 2011

Awas Siapa Home Tutor Anak Anda

Assalamu'alaikum Wrmbth,
Kini ramai ibubapa muslim yang majoritinya berbangsa melayu faham kepentingan home tuition pada anak-anak mereka. Tetapi sedarkah anda bahawa semasa anda mengambil khidmat dari tutor bukan islam, ada diantara mereka yang sambil menyelam minum air meracuni minda anak-anak dengan dakyah kristian? Nau'zubillahi Min Zalik. Saya sayangkan Allah SWT dan islam lebih dari duit dan segala isinya.


Artikel ini saya kongsikan bagi mereka yang menyayangi islam, buatlah sesuatu walaupun kecil kerana Allah SWT akan mengira setiap amal walaupun sebesar zarah sekalipun
(Sinar Harian 29 Ogos 2011)

Pada 5 Ogos 2011, saya telah menulis satu artikel dalam blog saya, http://ridhuantee.blogspot.com, bertajuk “Awasi dakyah Kristian”. Kisah benar bagaimana perancangan Kristian memurtadkan orang Melayu Islam ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Namun, tidak ramai yang ambil pusing, sehinggalah berita ini diperbesarkan oleh sebuah akhbar yang dituduh oleh ultra kiasu sebagai akhbar rasis atau ultra Melayu. Akhbar ultra kiasu tidak kurang juga ultranya, tetapi mereka tidak pernah disalahkan, maklumlah sekapal.

Artikel ini pada mulanya saya tulis untuk akhbar ‘ultra Melayu’ tersebut untuk siaran 7 Ogos 2011, kerana ketika itu isunya masih panas, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Malangnya, ia tidak disiarkan. Mungkin editor akhbar itu menganggap saya mereka-reka cerita ataupun editornya mungkin takut untuk menyiarkannya. Saya berterima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana begitu neutral dan berani menyiarkan setiap penulisan saya walaupun ada akhbar lain yang merasa kecut.

Cikgu S yang dimaksudkan itu adalah sahabat karib saya, seorang guru bahasa, berbangsa India beragama Kristian yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Kelang. Kami sering berhubung dan bertukar-tukar pandangan mengenai agama. Beliau amat menghormati agama Islam. Seperti yang telah saya sebutkan dalam artikel itu, beliaulah yang memberikan segala bukti bagaimana seorang kanak-kanak darjah satu diajar oleh guru tuisyennya mengenai Kristian dan Nabi Isa. Kanak-kanak lebih memahami Kristian daripada Islam. Beliau telah mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi tidak ramai yang mengambil berat sehinggalah berita tersebut disensasikan oleh media. Terfikir juga saya, siapa sebenarnya bertanggungjawab menjaga kepentingan Islam, orang Islam atau orang bukan Islam? Kita hanya sensitif bila isu menjadi sensasi. Maklumlah mahu mencari publisiti. Sedarkah kita akan implikasi ke atas Islam jika ramai yang murtad?

Terus terang, saya amat jarang jumpa non-Muslim yang amat prihatin dengan orang Melayu dan agama Islam. Beliau seolah-olah sudah Islam di sisi Allah SWT. Tertanya-tanya juga dalam diri, kenapa tidak ramai orang Islam seperti beliau. Saya yakin selepas ini jika identiti beliau didedahkan, beliau akan menjadi sasaran bukan Islam, terutama orang Kristian. Saya berdoa kepada Allah SWT, semoga beliau tabah dan kehidupannya diberkati. Tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan memeluk agama Islam. Saya memohon kepada umat Islam, jika ditakdirkan beliau menjadi mangsa, marilah kita bersama-sama membelanya, walaupun beliau masih belum Islam. Masih banyak lagi bukti-bukti bagaimana jahatnya perancangan orang lain terhadap Islam yang masih belum diceritakan.

Saya sebenarnya tidak mahu bersangka buruk kepada orang Kristian. Tetapi realiti yang berlaku, membenarkan sangkaan buruk saya ini. Missionari Kristian bergerak aktif dalam segala aspek. Mereka akan mengambil kesempatan, ruang dan peluang untuk menyebarkan agamanya kepada orang Melayu (Islam), walaupun dilarang oleh undang-undang. Namun, atas alasan hak asasi manusia dan mendapat perlindungan antarabangsa, mereka nampak kebal dan tetap meneruskan niat jahat mereka mencabar kedudukan agama Islam. Sedihnya, kita terlalu berlembut.

Sedangkan kita semua tahu, agama Islam tidak boleh disamaratakan dengan agama bukan Islam. Kita boleh berkongsi nilai-nilai baik agama-agama, tetapi kita tidak boleh berkongsi agama, kerana bagi kamu agamamu, bagi aku, agamaku. Itulah ingatan Allah dalam surah al-Kafiruun, Lagipun, Islam mendapat perlindungan dalam perlembagaan. Sila rujuk perkara Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara lain yang berkaitan dengan kedudukan Agama Islam ialah: Perkara 11 (4) - tentang kebatasan kebebasan agama orang Islam. Perkara 12 (2) - peranan Persekutuan dan suatu negeri dalam memajukan pendidikan Islam.

Peruntukan inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain. Negara-negara Islam yang majoriti umat Islamnya begitu besarpun tidak ada peruntukan yang sebegini rapi, misalnya Indonesia dan Mesir, tetapi kita ada. Lantaran, golongan ultra kiasu amat tidak selesa dengan peruntukan istimewa ini. Ada percubaan mendesak supaya peruntukan ini dipinda tetapi gagal. Walau bagaimanapun, tidak mustahil peruntukan ini akan dipinda atau mungkin juga dimansuhkan sekiranya umat Islam terus berpolitik dan berpecah. Kita lebih mengutamakan agenda mengekal dan mempertahankan kuasa daripada menjaga kesucian agama Islam yang semakin hari semakin ternoda.

Sedarlah wahai saudaraku, orang Melayu akan hancur tanpa Islam. Islamlah yang memartabatkan orang Melayu selama ini. Tanpa Islam atau jika ditakdirkan Islam tidak sampai ke Alam Melayu, orang Melayu masih lagi menganut agama anamisme dan menyembah berhala. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan ketika Melayu belum lagi memeluk Islam. Perlu diingat, ribuan tahun orang Melayu berada dalam kekufuran sebelum datangnya Islam.

Kerajaan Melayu Islam Melaka yang ditegakkan tidak begitu popular dan terkenal. Namun, setelah Melayu menerima Islam 600 tahun dahulu, tiba-tiba nama Melayu dan Melaka melonjak. Siapakah yang melonjakkan nama Melayu kalau bukan Allah SWT. Bangsa ini hanya terdarjat apabila diangkat oleh Allah menjadi bangsa bermaruah dengan Islam.

Malangnya, kita mudah lupa fakta ini. Hari ini, bukan kita ikut Islam, tetapi kita mahukan Islam ikut kita. Dalam kata lain, kita mahu Islam ikut sains, bukannya sains yang mesti mengikut Islam. Begitu juga dalam konteks pemerintahan, Islam memerintah bukannya Islam diperintah.

Justeru, janganlah hari ini kita terlalu sombong dan bongkak sehingga menjadi sukar untuk menjaga kepentingan Islam, semata-mata untuk mempertahankan harta, takhta dan kuasa. Semuanya ini hanya bersifat sementara, kerana ia bukan milik kita, tetapi milik Allah. Kuasa yang ada boleh datang dan pergi apabila tibanya masanya. Tetapi Allah dan Islam tetap akan kekal abadi. Islam tidak akan tercabut walaupun mungkin sesuatu bangsa itu mungkin pupus. Islam tetap akan terpelihara, walaupun ada yang tidak memperdulikannya. Islam mendapat jagaan Allah, tetapi kuasa dan takhta belum tentu.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Faktor apakah yang menyebabkan sehingga kita terpaksa tunduk kepada desakan dan tuntutan orang bukan Islam yang tidak munasabah dan amat licik. Sudah terang lagi bersuluh, mereka melakukan kesalahan, kita terus bersangka baik? Mereka yang benar, menjalankan kerja dan tanggungjawab, dipersalahkan. Manakala mereka yang salah, dikatakan betul. Apakah neraca kita yang digunakan dalam penentuan timbang tara ini?

Tuesday, August 23, 2011

SPM Fizik Home Tuition



Assalamualaikum Wrmbth,
Tahniah diucapkan kepada anda kerana mengambil berat dan prihatin pada prestasi akademik anak anda. Sesungguhnya di belakang pelajar cemerlang dan berjaya, berdirinya ibubapa yang hebat dibelakang mereka. Blog ini disediakan bagi mereka yang sedang mencari GURU TUISYEN FIZIK yang mengajar dirumah PELAJAR. Sedikit sebanyak anda akan mendapat maklumat tentang kriteria guru yang sesuai dan mengenai kelayakan saya mengajar fizik.


SALAM KECEMERLANGAN
Nama Saya Cikgu Azmi, Saya seorang Home Tutor atau Cikgu Mengajar Tuisyen Rumah Sepenuh Masa. Saya berasal dari Klang Selangor dan kini mengajar di Kawasan KLANG, SHAH ALAM, SETIA ALAM, PUTRA HEIGHT dan SUBANG JAYA.


Saya mempunyai pengalaman mengajar terkumpul melebihi 3 tahun dan Mahir dalam subjek Matematik dan Fizik. Antara nilai tambah lain bagi saya mengajar subjek Fizik ini ialah:


a)Lulusan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Sains Malaysia
b)Rekod pelajar cemerlang dari PMR, SPM, Matrikulasi dan Ijazah
c)Mempunyai pengalaman sebagai Jurutera selama 3 tahun.
d)Tutor Sepenuh Masa (Komited dan Fokus dalam pengajaran


Teori dan pengalaman bekerja perlu selari bagi memudahkan pelajar memahami pelajaran. :) Kerana kita semua mengimpikan

DUNIA AKHIRAT. Insyaallah


SERVIS DAN PERKHIDMATAN TUISYEN DI RUMAH

Sebenarnya, rahsia kecemerlangan bangsa lain ada pada kelas tuisyen di rumah (HOME TUITION) kerana mereka begitu mengambil berat masa depan anak mereka.


Dari pengamatan dan pemerhatian saya, rata-rata ibu bapa berbangsa india dan cina merupakan majoriti pelanggan khidmat tuisyen dirumah ini. Namun kebelakangan ini terdapat peningkatan permintaan dari bangasa bumiputera muslim juga.


Inilah yang menjadikan mereka selangkah kehadapan setiap masa. Anak-anak mereka dilatih untuk memanfaatkan masa dan pada masa yang sama mtidak segan bertanya soalan dari guru. Mereka juga amat menghormati guru.


Sehingga kini, saya telah pun mengajar pelajar dari pelbagai peringkat (UPSR, PMR dan SPM) dan memahami bahawa setiap pelajar berbeza.

MENGAPA "HOME TUITION" ??

Mengajar di rumah pelajar adalah satu kaedah pengajaran yang BAGUS untuk pelajar. Mengapa? Dibawah ini saya sertakan sebab-sebabnya:


a) Nisbah Guru kepada pelajar disekolah adalah 1:40. Jika anak anda bukan pelajar terbaik kelas, sudah tentu cikgu tidak dapat memberikan perhatian. Oleh kerana ini, ramai ibu bapa memilih menghantar ke Pusat Tuisyen.


b) KESELAMATAN anak anda lebih terjamin dengan kelas tuisyen di rumah


c) Guru yang memberikan FOKUS dan EKSKLUSIF untuk anak anda sahaja.

Apa yang berlaku diatas nyata berlaku sepanjang pengalaman saya mengajar di rumah dan pusat tuisyen. Apabila AMANAH tidak lagi dijaga, siapa yang menjadi mangsa? Anak bangsa  kita juga


SUBJEK / MATAPELAJARAN DITAWARKAN

Subjek yang difokuskan oleh CIKGU AZMI ialah:

a) FIZIK @ PHYSICS

Terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 SPM. Kelas Tuisyen INTENSIF akan ditawarkan bagi pelajar yang akan naik ke tingkatan 5 (Semasa cuti akhir tahun). INTENSIF kerana saya akan berusaha menguatkan asas anak anda bagi subjek tingkatan 4.


b) MATEMATIK @ MATHEMATICS

Terbuka kepada pelajar darjah 1~6, UPSR, Tingkatan 1~3, PMR, tingkatan 4 dan 5(SPM)


Bagi subjek yang lain, seperti tertera dibawah ini: PERTOLONGAN MENDAPATKAN guru home tuition akan saya berikan kerana RAMAI GURU dan rakan saya dapat memberi khidmat mereka.


UPSR UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik

PMR PENILAIAN MENENGAH RENDAH
1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik 5)Sejarah 6) Geografi 7) Pendidikan Islam 8) Kemahiran Hidup


SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik 5)Sejarah 6) Geografi 7)Pendidikan Islam 8) Matematik Tambahan 9) Fizik 10) Kimia 11) Biologi 12)Perdagangan 13) Ekonomi Asas 15) Prinsip Akaun


Pelaburan yang anda lakukan untuk ilmu tidak akan sia-sia, Duit dibelanjakan akan habis tetapi ilmu dan pengalaman semakin bertambah apabila digunakan.


Bayaran Untuk Subjek Ditawarkan Cikgu Azmi

Kepercayaan tuan puan dalam memberikan tanggungjawab mengajar anak anda akan saya laksanakan dengan sebaik mungkin. Bayaran dikenakan bergantung pada peringkat dan subjek:


Pelajar SPM (Tingkatan 4 dan 5)

a) Fizik = RM55 sejam

b) Matematik Moden = RM50 sejam

c) Matapelajaran lain (Guru dari rakan tutor saya) = RM50/jam


Pelajar PMR(Tingkatan 1, 2 dan 3)

a) Sains = RM40 sejam

b) Matematik = RM40/jam

c) Matapelajaran lain (Guru dari rakan tutor saya) = RM50/jam 


Pelajar UPSR(Darjah 4,5 & 6)

Bahasa Malaysia, Sains, Matematik & Bahasa Inggeris = RM35


Contoh pengiraan :

Kes 1: Seorang pelajar SPM ingin mengambil FIZIK sebanyak 1 kelas/minggu dan 2jam/kelas. Maka Kaedah Pengiraan adalah RM55/jam x 2jam x 1 kelas/minggu x 4 minggu = RM440/bulan


Kes 2: Seorang pelajar PMR ingin mengambil Sains dan Matematik sebanyak 1 kelas/minggu dan 3jam/kelas. Maka Kaedah Pengiraan adalah RM40/jam x 3jam x 1 kelas/minggu x 4 minggu = RM480/bulan


DISKAUN RM5/jam diberikan bagi pendaftaran LEBIH dari 1 SUBJEK

Bagaimana pula kiraannya?

Jika anak anda mengambil MATEMATIK dan SAINS PMR bersama-sama untuk 3 jam/kelas setiap minggu. Maka Bayaran bulanan: RM35*3jam x 4 minggu = RM420. 


Berbanding jika anda ambil dari guru berbeza:

a) Sains PMR: RM40/jam x 1.5jam x 4 minggu = RM240 b) Matematik PMR: RM40/jam x 1.5jam x 4 minggu = RM240 JUMLAH=RM480



PENJIMATAN SETAHUN =(RM480-420)x12bulan=RM720 Hasil dari diskaun RM5/jam tersebut


Jika Rumah anda disekitar Shah Alam dan Putra Height, maka saya akan merundingkan pengurangan lagi.


APA YANG PELANGGAN DAPAT PADA HARGA SEDEMIKIAN?

Berikut adalah sebab mengapa harga sedemikian diletakkan.

a) TERMASUK HARGA BUKU

Saya tidak akan menuntut bayaran bagi pembelian buku latihan dan bahan pengajaran. Pengurangan Harga yuran bermaksud tawaran ini tertolak. 

b) PENGALAMAN LUAS

Pengalaman mengajar dan bekerja terkumpul melebihi 6 tahun adalah berpatutan dengan Kualiti pengajaran yang diberikan kepada anda. Bidang kejuruteraan adalah PUNCAk kepada aplikasi sains, matematik dan fizik. Pelaburan anda berbaloi setiap sen.


c) PROFESIONALISME

Saya adalah seorang yang menepati masa dan berdisiplin tinggi. Amanah yang diberikan oleh anda bakal membawa impak kepada keberkatan rezeki dan hidup. Ini juga bermaksud mengajar anak murid saya sebagaimana saya ingin guru lain mengajar anak saya kelak. Hidup ini satu kitaran.


d) KOS-KOS LAIN

Kos pengangkutan, minyak dan pengajaran.


CARA PENGAJARAN KELAS FIZIK DAN MATEMATIK CIKGU AZMI

Bagi sesi Home Tuition. Waktu Minimum bagi subjek adalah 2 JAM. Mengapa 2 jam?

Seorang pakar motivasi ada berkata, Manusia belajar 15% dalam kelas, 15% dari mendengar, 10% dari menulis, 10% dari melihat 20% dari latihan dan 30% dari mengajar (Pembahagian % mungkin sedikit berbeza). Maka pelbagai cara digunakan dalam kelas supaya pelajar benar-benar faham apa yang dipelajari.

a) MENGUKUHKAN PEMAHAMAN

Saya mengajar kembali bagi menyokong proses pembelajaran disekolah.


b) MEMBUAT LATIHAN

Membuat soalan berkaitan apa yang dipelajari. Melalui kaedah ini, pelajar dapat melihat bentuk soalan dan cara menjawabnya.

c) MENYEMAK LATIHAN 

Pelajar didedahkan tentang kesalahan yang mereka lakukan dan langkah pembetulan dilaksanakan atas sebarang kesilapan konsep.


d) MEMBERIKAN KERJA RUMAH

Bagi menambahkan kefahaman, kerja rumah akan diberikan dan proses ini memerlukan KERJASAMA ibubapa, murid dan saya. Tanpa wujud kesepakatan, menjelang kelas seterusnya minggu depan apa yang dipelajari akan dilupakan. (ILMU YANG TIDAK DIAMALKAN AKAN HILANG SELEPAS 48JAM)


e) MEMBUAT SOALAN PEPERIKSAAN SEBENAR

Dari koleksi soalan tahun lepas untuk mempersiapkan mereka dengan tahap peperiksaan sebenar


MENGAPA ANAK ANDA TAKUT PADA MATEMATIK & FIZIK?
Subjek Matematik dan Fizik adalah tiket kepada kerjaya dalam bidang Teknikal dan Kejuruteraan. 


Jika anak anda bercita-cita menjadi jurutera, saintis dan penyelidik dalam bidang-bidang seperti Mekanikal, Automotif, Minyak dan Gas dan Aero Angkasa. 


Apa masalah utama dalam mempelajari Fizik dan Matematik? Disini saya senaraikan beberapa contoh:

1) Tidak memahami konsep yang diajar.

Fizik melibatkan logik dan pemahaman pada fenomena alam. Sedikit daya imaginasi yang dipandu pada arah yang betul akan membolehkan pelajar memahami subjek ini.


2) Kurang Membuat Latihan

Pemahaman konsep tanpa latihan yang mencukupi umpama pisau tajam yang digunakan oleh orang yang kurang cekap. Jika tidak kena caranya akan mencederakan diri. Fizik dan Matematik memang menarik


Latihan yang mencukupi bakal membuahkan hasil. Percayalah. :)


3) Tidak Memahami Kehendak Soalan

Ada dikalangan pelajar saya yang terlalu terburu-buru menjawab soalan sebelum benar-benar memahaminya. Pengalaman adalah guru terbaik seseorang pelajar

4) Lemah Penguasaan Bahasa Inggeris

Ini adalah kelemahan kebanyakan pelajar bumiputra terutama di kawasan pedalaman.Bahasa Inggeris adalah bahasa Sains dan Teknologi.


KEPRIHATINAN anda pasti membuahkan hasil kelak. HUBUNGI saya, CIKGU AZMI untuk pertanyaan lanjut dan Penetapan jadual.




Cikgu Azmi dapat dihubungi di talian 0192653791



Email: cikgutuitioncentre@gmail.com