Assalamualaikum Wrmbth,
Tahniah diucapkan kepada anda kerana mengambil berat dan prihatin pada prestasi akademik anak anda. Sesungguhnya di belakang pelajar cemerlang dan berjaya, berdirinya ibubapa yang hebat dibelakang mereka. Blog ini disediakan bagi mereka yang sedang mencari GURU TUISYEN FIZIK yang mengajar dirumah PELAJAR. Sedikit sebanyak anda akan mendapat maklumat tentang kriteria guru yang sesuai dan mengenai kelayakan saya mengajar fizik.
SALAM KECEMERLANGAN
Nama Saya Cikgu Azmi, Saya seorang Home Tutor atau Cikgu Mengajar Tuisyen Rumah Sepenuh Masa. Saya berasal dari Klang Selangor dan kini mengajar di Kawasan KLANG, SHAH ALAM, SETIA ALAM, PUTRA HEIGHT dan SUBANG JAYA.
Saya mempunyai pengalaman mengajar terkumpul melebihi 3 tahun dan Mahir dalam subjek Matematik dan Fizik. Antara nilai tambah lain bagi saya mengajar subjek Fizik ini ialah:
b)Rekod pelajar cemerlang dari PMR, SPM, Matrikulasi dan Ijazah
c)Mempunyai pengalaman sebagai Jurutera selama 3 tahun.
c)Mempunyai pengalaman sebagai Jurutera selama 3 tahun.
d)Tutor Sepenuh Masa (Komited dan Fokus dalam pengajaran
Teori dan pengalaman bekerja perlu selari bagi memudahkan pelajar memahami pelajaran. :) Kerana kita semua mengimpikan
DUNIA AKHIRAT. Insyaallah
SERVIS DAN PERKHIDMATAN TUISYEN DI RUMAH
Sebenarnya, rahsia kecemerlangan bangsa lain ada pada kelas tuisyen di rumah (HOME TUITION) kerana mereka begitu mengambil berat masa depan anak mereka.
Dari pengamatan dan pemerhatian saya, rata-rata ibu bapa berbangsa india dan cina merupakan majoriti pelanggan khidmat tuisyen dirumah ini. Namun kebelakangan ini terdapat peningkatan permintaan dari bangasa bumiputera muslim juga.
Inilah yang menjadikan mereka selangkah kehadapan setiap masa. Anak-anak mereka dilatih untuk memanfaatkan masa dan pada masa yang sama mtidak segan bertanya soalan dari guru. Mereka juga amat menghormati guru.
Sehingga kini, saya telah pun mengajar pelajar dari pelbagai peringkat (UPSR, PMR dan SPM) dan memahami bahawa setiap pelajar berbeza.
MENGAPA "HOME TUITION" ??
Mengajar di rumah pelajar adalah satu kaedah pengajaran yang BAGUS untuk pelajar. Mengapa? Dibawah ini saya sertakan sebab-sebabnya:
a) Nisbah Guru kepada pelajar disekolah adalah 1:40. Jika anak anda bukan pelajar terbaik kelas, sudah tentu cikgu tidak dapat memberikan perhatian. Oleh kerana ini, ramai ibu bapa memilih menghantar ke Pusat Tuisyen.
b) KESELAMATAN anak anda lebih terjamin dengan kelas tuisyen di rumah
c) Guru yang memberikan FOKUS dan EKSKLUSIF untuk anak anda sahaja.
Apa yang berlaku diatas nyata berlaku sepanjang pengalaman saya mengajar di rumah dan pusat tuisyen. Apabila AMANAH tidak lagi dijaga, siapa yang menjadi mangsa? Anak bangsa kita juga
SUBJEK / MATAPELAJARAN DITAWARKAN
Subjek yang difokuskan oleh CIKGU AZMI ialah:
a) FIZIK @ PHYSICS
Terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 SPM. Kelas Tuisyen INTENSIF akan ditawarkan bagi pelajar yang akan naik ke tingkatan 5 (Semasa cuti akhir tahun). INTENSIF kerana saya akan berusaha menguatkan asas anak anda bagi subjek tingkatan 4.
b) MATEMATIK @ MATHEMATICS
Terbuka kepada pelajar darjah 1~6, UPSR, Tingkatan 1~3, PMR, tingkatan 4 dan 5(SPM)
Bagi subjek yang lain, seperti tertera dibawah ini: PERTOLONGAN MENDAPATKAN guru home tuition akan saya berikan kerana RAMAI GURU dan rakan saya dapat memberi khidmat mereka.
UPSR UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik
PMR PENILAIAN MENENGAH RENDAH
1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik 5)Sejarah 6) Geografi 7) Pendidikan Islam 8) Kemahiran Hidup
SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik 5)Sejarah 6) Geografi 7)Pendidikan Islam 8) Matematik Tambahan 9) Fizik 10) Kimia 11) Biologi 12)Perdagangan 13) Ekonomi Asas 15) Prinsip Akaun
Pelaburan yang anda lakukan untuk ilmu tidak akan sia-sia, Duit dibelanjakan akan habis tetapi ilmu dan pengalaman semakin bertambah apabila digunakan.
Bayaran Untuk Subjek Ditawarkan Cikgu Azmi
Kepercayaan tuan puan dalam memberikan tanggungjawab mengajar anak anda akan saya laksanakan dengan sebaik mungkin. Bayaran dikenakan bergantung pada peringkat dan subjek:
Pelajar SPM (Tingkatan 4 dan 5)
a) Fizik = RM55 sejam
b) Matematik Moden = RM50 sejam
c) Matapelajaran lain (Guru dari rakan tutor saya) = RM50/jam
Pelajar PMR(Tingkatan 1, 2 dan 3)
a) Sains = RM40 sejam
b) Matematik = RM40/jam
c) Matapelajaran lain (Guru dari rakan tutor saya) = RM50/jam
Pelajar UPSR(Darjah 4,5 & 6)
Bahasa Malaysia, Sains, Matematik & Bahasa Inggeris = RM35
Contoh pengiraan :
Kes 1: Seorang pelajar SPM ingin mengambil FIZIK sebanyak 1 kelas/minggu dan 2jam/kelas. Maka Kaedah Pengiraan adalah RM55/jam x 2jam x 1 kelas/minggu x 4 minggu = RM440/bulan
Kes 2: Seorang pelajar PMR ingin mengambil Sains dan Matematik sebanyak 1 kelas/minggu dan 3jam/kelas. Maka Kaedah Pengiraan adalah RM40/jam x 3jam x 1 kelas/minggu x 4 minggu = RM480/bulan
DISKAUN RM5/jam diberikan bagi pendaftaran LEBIH dari 1 SUBJEK
Bagaimana pula kiraannya?
Jika anak anda mengambil MATEMATIK dan SAINS PMR bersama-sama untuk 3 jam/kelas setiap minggu. Maka Bayaran bulanan: RM35*3jam x 4 minggu = RM420.
Berbanding jika anda ambil dari guru berbeza:
a) Sains PMR: RM40/jam x 1.5jam x 4 minggu = RM240 b) Matematik PMR: RM40/jam x 1.5jam x 4 minggu = RM240 JUMLAH=RM480
Jika Rumah anda disekitar Shah Alam dan Putra Height, maka saya akan merundingkan pengurangan lagi.
APA YANG PELANGGAN DAPAT PADA HARGA SEDEMIKIAN?
Berikut adalah sebab mengapa harga sedemikian diletakkan.
a) TERMASUK HARGA BUKU
Saya tidak akan menuntut bayaran bagi pembelian buku latihan dan bahan pengajaran. Pengurangan Harga yuran bermaksud tawaran ini tertolak.
b) PENGALAMAN LUAS
Pengalaman mengajar dan bekerja terkumpul melebihi 6 tahun adalah berpatutan dengan Kualiti pengajaran yang diberikan kepada anda. Bidang kejuruteraan adalah PUNCAk kepada aplikasi sains, matematik dan fizik. Pelaburan anda berbaloi setiap sen.
c) PROFESIONALISME
Saya adalah seorang yang menepati masa dan berdisiplin tinggi. Amanah yang diberikan oleh anda bakal membawa impak kepada keberkatan rezeki dan hidup. Ini juga bermaksud mengajar anak murid saya sebagaimana saya ingin guru lain mengajar anak saya kelak. Hidup ini satu kitaran.
d) KOS-KOS LAIN
Kos pengangkutan, minyak dan pengajaran.
CARA PENGAJARAN KELAS FIZIK DAN MATEMATIK CIKGU AZMI
Bagi sesi Home Tuition. Waktu Minimum bagi subjek adalah 2 JAM. Mengapa 2 jam?
Seorang pakar motivasi ada berkata, Manusia belajar 15% dalam kelas, 15% dari mendengar, 10% dari menulis, 10% dari melihat 20% dari latihan dan 30% dari mengajar (Pembahagian % mungkin sedikit berbeza). Maka pelbagai cara digunakan dalam kelas supaya pelajar benar-benar faham apa yang dipelajari.
a) MENGUKUHKAN PEMAHAMAN
Saya mengajar kembali bagi menyokong proses pembelajaran disekolah.
b) MEMBUAT LATIHAN
Membuat soalan berkaitan apa yang dipelajari. Melalui kaedah ini, pelajar dapat melihat bentuk soalan dan cara menjawabnya.
c) MENYEMAK LATIHAN
Pelajar didedahkan tentang kesalahan yang mereka lakukan dan langkah pembetulan dilaksanakan atas sebarang kesilapan konsep.
d) MEMBERIKAN KERJA RUMAH
Bagi menambahkan kefahaman, kerja rumah akan diberikan dan proses ini memerlukan KERJASAMA ibubapa, murid dan saya. Tanpa wujud kesepakatan, menjelang kelas seterusnya minggu depan apa yang dipelajari akan dilupakan. (ILMU YANG TIDAK DIAMALKAN AKAN HILANG SELEPAS 48JAM)
e) MEMBUAT SOALAN PEPERIKSAAN SEBENAR
Dari koleksi soalan tahun lepas untuk mempersiapkan mereka dengan tahap peperiksaan sebenar
MENGAPA ANAK ANDA TAKUT PADA MATEMATIK & FIZIK?
Subjek Matematik dan Fizik adalah tiket kepada kerjaya dalam bidang Teknikal dan Kejuruteraan.
Jika anak anda bercita-cita menjadi jurutera, saintis dan penyelidik dalam bidang-bidang seperti Mekanikal, Automotif, Minyak dan Gas dan Aero Angkasa.
Apa masalah utama dalam mempelajari Fizik dan Matematik? Disini saya senaraikan beberapa contoh:
1) Tidak memahami konsep yang diajar.
Fizik melibatkan logik dan pemahaman pada fenomena alam. Sedikit daya imaginasi yang dipandu pada arah yang betul akan membolehkan pelajar memahami subjek ini.
2) Kurang Membuat Latihan
Pemahaman konsep tanpa latihan yang mencukupi umpama pisau tajam yang digunakan oleh orang yang kurang cekap. Jika tidak kena caranya akan mencederakan diri. Fizik dan Matematik memang menarik
Latihan yang mencukupi bakal membuahkan hasil. Percayalah. :)
3) Tidak Memahami Kehendak Soalan
Ada dikalangan pelajar saya yang terlalu terburu-buru menjawab soalan sebelum benar-benar memahaminya. Pengalaman adalah guru terbaik seseorang pelajar
4) Lemah Penguasaan Bahasa Inggeris
Ini adalah kelemahan kebanyakan pelajar bumiputra terutama di kawasan pedalaman.Bahasa Inggeris adalah bahasa Sains dan Teknologi.
KEPRIHATINAN anda pasti membuahkan hasil kelak. HUBUNGI saya, CIKGU AZMI untuk pertanyaan lanjut dan Penetapan jadual.
Cikgu Azmi dapat dihubungi di talian 0192653791
Email: cikgutuitioncentre@gmail.com
No comments:
Post a Comment