RAHSIA HEBAT MENJAMIN DANA PENDIDIKAN ANAK

DAFTAR TUISYEN

PERKHIDMATAN GURU HOME TUITION BAGI SEMUA PERINGKAT (UPSR, PMR, SPM & DIPLOMA) SILA HUBUNGI CIKGU AZMI
Ditalian 0192653791
KELAS HOME TUITION ARAB & PENDIDIKAN ISLAM juga disediakan
atau hantarkan resume ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Saturday, October 1, 2011

Graduan IPTA Digalakkan Menceburi Perniagaan

Kelab Siswazah Tani di IPTA
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2011/02/19

NOH (dua dari kiri) merasmikan program Agro-Xplorasi diperhatikan Johan Jaafar (kiri); Timbalan Ketua Sektor Perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif (dua dari kanan) dan Badaruddin  di Seri Pentas TV3, semalam.
NOH (dua dari kiri) merasmikan program Agro-Xplorasi diperhatikan Johan Jaafar (kiri); Timbalan Ketua Sektor Perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif (dua dari kanan) dan Badaruddin di Seri Pentas TV3, semalam.
Pertubuhan diwujudkan April tarik belia jadi petani moden

PETALING JAYA: Bagi menarik minat golongan belia menceburi bidang pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan Kelab Siswazah Tani di seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai April ini.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar percaya penubuhan kelab itu akan menyedarkan golongan belia dan lepasan sekolah untuk mengikut jejak langkah mahasiswa yang turut berminat menceburkan diri dalam sektor pertanian.
“Jika belia melihat mahasiswa sanggup menjadi petani, ia boleh menarik mereka untuk sama-sama menjadi petani moden.

“Kementerian akan membentuk jawatankuasa supaya kelab dapat menjalankan program berkaitan sektor pertanian seperti pameran, seminar atau program bersama usahawan tani.

“Kita akan memberikan bantuan kewangan supaya kelab dapat aktif dan agresif menjalankan aktiviti yang dapat menarik minat mahasiswa serta belia menceburi sektor pertanian,” katanya selepas melancarkan program Agro-Xplorasi di Sri Pentas, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Paduka Badaruddin Amiruldin.
Agro-Xplorasi yang akan disiarkan di TV3 mulai 26 Februari ini adalah dokumentari 10 episod memaparkan kejayaan usahawan tani serta dihoskan Nazruddin Habibur Rahman atau Naz, Annahita Bakavolli dan Danny Anwa atau Danny X-Factor.

Noh berkata, kementerian turut bercadang menarik 300 siswazah menyertai Program Pembangunan Usahawan Siswazah Tani pada tahun ini dengan menghantar mereka mengikuti kursus untuk mendalami bidang pertanian, industri asas tani dan penternakan seperti kambing atau ikan hiasan, khasnya ikan arowana.

“Jika siswazah terbabit berminat menceburi sektor pertanian dan penternakan yang diikuti dalam kursus berkenaan, kita akan terus beri modal, bantuan kepakaran dan benih.

“Tahun lalu, kementerian berjaya menarik 250 siswazah menyertai program ini dan tahun ini, petunjuk prestasi utama (KPI) saya ialah mencari 300 siswazah,” katanya.

Katanya, siswazah yang berminat menceburi bidang perniagaan berasaskan pertanian akan dijadikan anak angkat syarikat yang terbabit dalam industri asas tani untuk mempelajari asas-asas memula dan menguruskan perniagaan.

Thursday, September 22, 2011

Tuisyen Peribadi Matematik Seksyen 23 Form 3

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Khidmat cikgu tuisyen rumah diperlukan bagi kes tuisyen rumah bagi Subjek Matematik PMR. Pelajar ini juga memerlukan guru Sains (Sila rujuk kes tuisyen sebelum ini) dan menjadi kelebihan bagi mereka yang dapat mengajar Sains dan Matematik. Butir-butir adalah seperti berikut:


Rumah Kediaman:Seksyen 23 Shah Alam
Subjek: Matematik
Bilangan Pelajar/kelas: 2 orang Perempuan
Sesi:1 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Open
Kod: Open

Tuisyen Rumah Sains Seksyen 23 Form 3

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Guru tuisyen rumah diperlukan bagi kelas tuisyen rumah di seksyen 23 Shah Alam. Medium pengajaran adalah bahasa inggeris bercampur bahasa melayu.

Buti-butir kes in adalah seperti berikut:
Rumah Kediaman:Seksyen 23 Shah Alam
Subjek: Sains
Bilangan Pelajar/kelas: 2 orang Perempuan
Sesi:1 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Open
Kod: Open

Bahasa Inggeris Form 3 Seksyen 23

Assalamu'alaikum wrmbth,

Tawaran khidmat tuisyen peribadi bagi guru yang dapat mengajar di rumah pelajar seksyen 23 Shah Alam. Matapelajaran dikehendaki adalah Bahasa Inggeris Tingkatan 3 atau PMR. Butir-butir adalah seperti berikut:

Jika anda mampu mengajar subjek BM dan BI serentak maka adalah amat digalakkan memohon untuk tuisyen sebelum ini juga. Selamat berjaya

Rumah Kediaman:Seksyen 23 Shah Alam
Subjek: Mata pelajaran Bahasa Inggeris
Bilangan Pelajar/kelas: 2 orang Perempuan
Sesi:1 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Open
Kod: Open

Bahasa Malaysia Seksyen 23 Form 3

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Kes tuisyen ini akan bermula pada musim cuti sekolah 2011 (November 2011) bagi pelajar tingkatan 2 yang akan naik ke tingkatan 3 bagi sesi persekolahan 2012. Kelas tuisyen rumah ini akan berterusan sehingga PMR 2012

Buti-butir kes in adalah seperti berikut:
Rumah Kediaman:Seksyen 23 Shah Alam
Subjek: Bahasa Malaysia
Bilangan Pelajar/kelas: 2 orang Perempuan
Sesi:1 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Open
Kod: Open

Sunday, September 18, 2011

Tuisyen Sejarah Form 4

Assalamu'alaikum Wrmbth

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dipelajari dari sejarah lampau. Malah, mereka yang berjaya mengambil iktibar akan mendapat kejayaan. Kes tuisyen berikut memerlukan bantuan guru yang berpengalaman mengajar subjek sejarah.


Butir-butir bagi kelas ini adalah seperti berikut:
Rumah Kediaman:Seksyen 30 Shah Alam
Subjek:Sejarah
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang Perempuan
Sesi:1.5 jam / Minggu
Permintaan khas: Tiada
Status: Closed
Kod: TTasha

Tuisyen PMR Bahasa Malaysia

Assalamu'alaikum Wrmbth

UPSR sudah berlalu tiba, syabas dan tahniah kerana berjaya melepasi ujian getir ini, kemanakah halatuju anda selepas ini dan isil masa anda dengan kegiatan bermanfaat.

Peperiksaan besar seterusnya ialah PMR yang bakal berlangsung bermula 5 Oktober 2011. Mashaallah, kurang sebulan lagi dari tarikh keramat ini. Dimaklumkan bahawa satu kelas tuisyen rumah intensif diperlukan oleh seorang pelajar melayu islam bagi menghadapi PMR. Tutor yang berminat sila dapatkan maklumat lanjut dibawah.

Rumah Kediaman: Seksyen 13 Shah Alam
Subjek: Bahasa Malaysia
Bilangan Pelajar/kelas: 1 orang
Sesi:4 jam / Minggu
Permintaan khas: Latih tubi dan intensif soalan peperiksaan sebenar dan model. Kaedah menjawab soalan
Status: Closed
Kod: TSykn