Assalamu'alaikum Wrmbth,
Guru tuisyen yang sensitif dan peka dengan keperluan anak murid mereka akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menambahkan penguasaan anak murid mereka pada subjek diajar.
Setelah beberapa tahun terlibat dalam bidang home tuition, pelbagai ragam pelajar tuition yang telah saya temui.Masih banyak yang perlu dipelajari dalam membimbing mereka mencapai kecemerlangan hidup.
Salah satu cara yang paling efektif bagi saya ialah MEMBUAT LATIHAN.
Kelas yang panjang dan penuh leteran umpama mimpi ngeri bagi semua murid dan terjadilah sindrom cikgu syok sendiri.
Lain pula dengan sesi home tuisyen yang penuh latihan, ia melibatkan komunikasi 2 hala cikgu dan murid. Belum sempat murid mengantuk soalan sudah datang berjela2.
Tidak percaya keberkesanannya? Cubalah dan alami perbezaannya :)
No comments:
Post a Comment