RAHSIA HEBAT MENJAMIN DANA PENDIDIKAN ANAK

DAFTAR TUISYEN

PERKHIDMATAN GURU HOME TUITION BAGI SEMUA PERINGKAT (UPSR, PMR, SPM & DIPLOMA) SILA HUBUNGI CIKGU AZMI
Ditalian 0192653791
KELAS HOME TUITION ARAB & PENDIDIKAN ISLAM juga disediakan
atau hantarkan resume ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Tuesday, March 29, 2011

Home Tuition : Bahasa Malaysia Ampang URGENT

Assalamua'laikum Wrmbth,

Seorang ibu mencari tutor bagi mengajar anaknya di Ampang dengan kadar segera (29 Mac 2011). Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Ampang kiri
Bilangan Pelajar: 1 orang
Subjek: Bahasa Malaysia
Sesi: Sabtu atau ahad, 9am to 12pm. 3 jam persesi
Status: Terbuka
Permintaan Khas: TUTOR PEREMPUAN SAHAJA

Tutor dikawasa AMPANG diperlukan segera. Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
50% komisen dikenakan untuk bulan pertama

Sunday, March 27, 2011

Home Tuition : Tutor Matematik dan Sains Seksyen 16 Shah Alam

Assalamua'laikum Wrmbth,

Seorang ibu di shah alamsedang mencari home tutor bagi 3 orang anaknya. Butir-butirnya sperti berikut:

Lokasi: Seksyen 16 Shah Alam
Bilangan Pelajar: 3 orang (2 orang darjah 2 & 3, dan seorang Tingkatan 4)
Subjek: Matematik dan Sains
Sesi: Sabtu atau ahad
Status: Canceled

50% komisen dikenakan kepada Tutor terpilih bagi bulan pertama sahaja. Bayaran seterusnya milik anda. Lebih banyak kerja akan diberikan pada tutor yang jujur dan dipercayai.

Home Tuition : Personal Tutor Bahasa Arab di Perlukan

Assalamua'laikum Wrmbth,

Seorang bapa memerlukan khidmat guru tuisyen bahasa arab untuk mengajar 3 orang anak-anaknya. Butir-butir home tuition adalah seperti berikut:

Lokasi: Subang atau Shah Alam
Bilangan pelajar: 3 orang ( 10, 12 dan 13 tahun)
Cadangan Sesi: Sabtu dan Ahad
Cara berhubung: Melalui emel, rhymalek@gmail.com

Sila email pada Encik ini biodata termasuk gambar terkini dan bayaran yg dikehendaki untuk tujuan penilaian.

Tiada komisen dikenakan bagi sesi ini. Siapa cepat dia dapat, (SILA HANTAR TERUS EMEL PADA BAPA INI dan BUKAN PADA KAMI :) )

Thursday, March 24, 2011

Home Tuition : BM & BI Seksyen 13 Shah Alam

Assalamualaikum Wrmbth,

Seorang ibu mencari tutor bagi mempersiapkan anaknya menghadapi peperiksaan UPSR. Butir-butir seperti berikut:

Lokasi: Shah Alam berdekatan Kolej PTPL
Subjek: BM dan BI
Peringkat: UPSR
Bilangan Sesi: 2 kali seminggu, 8.30pm-10pm (Mon & TUesday).
Bayaran: RM30/hr
Status: Pending

*50% komisen dikenakan pada tutor yang layak pada bulan pertama sahaja. Bulan berikut pendapatan sepenuhnya milik anda

Home Tuition : BM, BI, Math & Sains

Assalamua'laikum Wrmbth,


Seorang ibu di Subang Jaya mencari seorang guru tutor bagi anaknya. Butir-butir seperti berikut:

Lokasi: Subang Jaya berdekatan Sunway Pyramid
Subjek: BM, BI, Math dan Sains
Peringkat: UPSR
Bilangan Sesi: 5 kali seminggu, 1 jam setiap sesi Diantara 3pm-5pm
Bayaran: RM350/bulan
Status: Tutup

Wednesday, March 23, 2011

Sembang Tuisyen : Skor A untuk Pendidikan Islam

Assalamua'laikum Wrmbth,

Tahniah dan syabas kepada adik-adik kita yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Seseungguhnya ini hanyalah tiket yang perlu dimanfaatkan sewajarnya andai anda ingin berjaya.

Kepada mereka yang mendapat keputusan sederhana dan kurang memberangsangkan, teruskan usaha dan ambil iktibar dari pengalaman ini. Ayuh bangkit dan mengorak langkah kehadapan. Ramai jutawan dan orang yang berjaya dalam hidup tidak mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM, tetapi mereka bangkit dari kegagalan dengan semangat waja.

Namun, dalam keghairahan pelajar dan ibubapa menyambut keputusan SPM anak mereka ada isu yang menarik perhatian orang islam yang khususnya melayu belaka.

Ada kaum lain yang mendapat "A+" dalam subjek Tasawwur Islam dan ramai lagi orang melayu yang gagal dalam subjek pendidikan islam.


Secara teorinya, A1 untuk pendidikan islam seharusnya sudah didalam genggaman bagi semua pelajar islam dan menariknya, realiti sebenar jauh dari sangkaan.

Melalui pemerhatian saya, kelas tuisyen PENDIDIKAN ISLAM tidak mendapat sambutan dari pelajar dan ibubapa. Jom pakat ramai-ramai hantar anak ke kelas tuisyen PI.

Ilmu pendidikan islam bukan hanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan. Lebih penting lagi ia menjadi bekalan kepada anak anda di hari muka.

Ingat kah anda kata-kata berikut "Jika anda mahukan kejayaan didunia adalah melalui ilmu, jika mahukan kejayaan akhirat juga dengan ilmu"

Home Tuition : Tuisyen Sains Seksyen 11 Shah Alam

Assalamualaikum Wrmbth,

Seorang ibu mencari guru home tuition aka guru tuisyen dirumah untuk anaknya. Buti-butirnya adalah seperti berikut:

Lokasi: Shah Alam, Seksyen 11
Waktu: 8pm-10pm (isnin hingga jumaat)
Subjek: Sains
Bayaran: RM35/jam
Jumlah Sesi: 2 jam setiap sesi, 1 kali seminggu
Status Kelas: TUTUP Telah diberikan pada tutor

* 50% komisen akan dikenakan pada bulan pertama
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan isi borang DAFTAR ONLINE untuk dipertimbangkan menjadi guru tutor kami.

Home Tuition : Tutor BM, BI dan Sains diperlukan

Assalamualaikum Wrmbth,

Seorang ibu di Seksyen 9 Shah Alam memerlukan khidmat guru tuisyen untuk anaknya di rumah. Butir-butirnya seperti berikut:
Lokasi: Shah Alam, Seksyen 9
Waktu: 2pm-6pm (isnin hingga jumaat)
Subjek: BM, BI dan Sains
Bayaran: RM35/jam
Jumlah Sesi: 1 1/2 jam setiap sesi, 3 kali seminggu
Status Kelas: TUTUP Telah diberikan pada tutor
* 50% komisen akan dikenakan pada bulan pertama
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan isi borang DAFTAR ONLINE untuk dipertimbangkan menjadi guru tutor kami.

Kelas Tuisyen : Jenis Pelajar

Assalamualaikum Wrmbth,

Susah nak faham pelajaran? Tak faham apa yang cikgu ajar di kelas? Tak ingat apa yang anda baca?

Mesti ramai yang menghadapi dilema diatas semasa belajar. Mengapa ada diantara rakan anda yang mudah faham sesuatu dan sentiasa faham apa yang diajar dengan mudah berbanding anda. Saya ada jawapannya.. Hendak tahu lebih lanjut?

Jawapannya ada dengan MENGENALI DIRI anda sendiri. Macam mana pulak tu ye?

Ini kerana manusia diciptakan Allah dengan 3 jenis cara belajar iaitu secara AUDITORI, VISUAL dan KINESTATIK

1) Jenis pertama AUDITORI :mereka belajar dengan melalui pendengaran.
Cara mereka belajar ialah melalui membaca dengan kuat untuk menghafal sesuatu nota yang diberi oleh cikgu. Tetapi seorang yang auditori, meraka akan tergangu dengan suasana bising ketika mereka cuba menghafal.

2) Jenis kedua VISUAL :mereka akan menghafal sesuatu dengan melihat sahaja. Cara mereka belajar pula dengan melihat contoh nota yang kemas seperti peta minda. Seorang yang Visual ini, kelemahannya ialah mereka mudah lupa apabila mereka cube menghafal.

3) Jenis terakhir KINESTATIK : Iaitu mereka yang belajar melalui perbuatan. Mereka lebih mudah apabila mereka belajar sambil berjalan dan melakukan pergerakan. Mereka dalam kategori kinestatik kurang sesuai belajar dalam kumpulan.

Apa pentingnya anda tahu jenis apa anda tergolong? Jika anda seorang guru, anda harus pelbagaikan cara penerangan kepada pelajar anda supaya kesemuanya faham belaka. Contohnya melalui lawatan dan lakonan pada subjek yang sesuai.

Semoga bermanfaat. Assalamualaikum Wrmbth.

Tuesday, March 22, 2011

Sembang Tuisyen: Menggilap potensi Diri

Assalamualaikum Wrmbth,

Semua orang dilahirkan pandai, dan tanggungjawab guru yang sebenar ialah menyedarkan anak murid mereka potensi sebenar dalam diri mereka yang perlu digilap.

Hmm.. Jika semua orang pandai, kenapa ada individu yang lebih cemerlang dari yang lain? Jawapannya ada pada diri pelajar dan persekitaran mereka sendiri.

Contohnya, mengapa ibu bapa yang pandai dan terpelajar mempunyai masalah memupuk sikap rajin belajar dalam diri anak mereka?

Persoalannya, adakah mereka menunjukkan contoh yang baik dirumah? Adakah pembudayaan ilmu berlaku melalui kemudahan mendapatkan bahan bacaan yang baik untuk anak mereka?

Adakah ibubapa yang tidak membaca tetapi memaksa anak mereka membaca akan mendatangkan hasil yang diharapkan? Banyak persoalan yang dilontarkan tetapi jawapannya ramai yang sudah tahu.

Perbuatan lebih mendatangkan kesan dari kata-kata atau "Action speaks louder tahn words". Jadi marilah sama-sama kita luangkan masa membaca buku.
Bak kata bidalan " Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?"

Satu renungan yang ditujukan khusus kepada insan bergelar ibubapa termasuk saya, Insyaallah.

Sunday, March 20, 2011

Home Tuition: Guru Tuisyen Geografi Bandar baru Bangi

Assalamualaikum Wrmbth,

Seorang ayah mencari guru Home tuisyen bagi matapelajaran Geografi. Maklumat lanjut seperti dibawah:

Mencari Guru Tuisyen di B.B. Bangi (Mac 2011)

Guru Tuisyen bagi subjek Geografi PMR diperlukan di kawasan Bandar Baru Bangi.
Sila hubungi saya, Syamsul di 0192018989 unuk maklmat lanjut. Terima kasih.

Tiada caj dari kami untuk kes ini. Anda hanya perlu menghubungi ibubapa dengan segera. Siapa cepat dia dapat. Selamat Berjaya. Insyaallah

Home Tuition: Guru Tuisyen di Perlukan

Assalamualaikum Wrmbth,

Guru Home Tuition diperlukan di rumah untuk 2 orang pelajar darjah 5 & darjah 1.

Kriteria yang diperlukan :

Guru WANITA sahaja
BOLEH mengajar 4 subjek (BM, BI, Matematik & Sains)
Boleh mengajar pada hari biasa (antara Isnin-Jumaat), jam 8 pm - 10 pm.
Lokasi di Cheras. kaw berdekatan alam damai/bdr damai perdana.
kepada yg berminat boleh emel umi di qasehbunda@gmail.com

Home Tuition: Tutor Al-Quran dan Fardhu Ain di Perlukan

Assalamualaikum Wrmbth,

Seorang hamba Allah memerlukan khidmat Guru Tuisyen di rumahnya untuk 2 orang anaknya.

Lokasi di Shah Alam. Maklumat lanjut adalah seperti berikut.

Lokasi: Shah Alam
Pelajar: 2 orang (4 dan 7 tahun)
Kelas diperlukan
a) Fardhu Ain
b) Al-Quran
Hubungi Ibubapa mereka:012 6350875.

Kami tidak mengenakan apa-apa Komisen untuk kes ini, sila berhubung terus dengan ibubapa pelajar. Semoga berjaya mendidik anak bangsa dan agama. Insyaallah

Home Tuition: Tutor Bahasa Arab di Perlukan

Assalamualaikum Wrmbth,

Ada seorang Hamba Allah sedang mencari Guru tuisyen Bahasa Arab untuk pelajar tahun 5 sekitar Shah Alam.

Bagi mereka yang mempunyai kempampuan mengendalikan kelas tuition secara peribadi atupun informasi tentang kelas khusus bagi pelajar sekolah rendah, boleh hubungi
013-2285131

Friday, March 18, 2011

Pendaftaran Tuisyen Cendekia Cemerlang

Assalamualaikum Wrmbth,

Bagi ibubapa yang berhajat menghantar anak mereka ke Pusat Tuisyen Kami, Di bawah ini saya sertakan senarai harga tuisyen



Kami membuka pendaftaran sepanjang masa, tetapi pelajar yang mendaftar segera akan mendapat lebih manfaat.

Hubungi Puan Norbiza 016-2640388 atau AZMI 0192653791

Thursday, March 17, 2011

Petua Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum Wrmbrth,

Semua orang mahu jadi pelajar cemerlang. Dan berita baik untuk anak-anak anda, semua orang boleh jadi cemerlang. Menurut Dato' Haji Fadzilah Kamsah, berdasarkan kajiannya, antara- ciri-ciri pelajar cemerlang ialah: (Saya beri lima dulu..
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a). kita ingat 10 % apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). jangan lupa untuk senyum

HOME TUITION

HOME TUITION SHAH ALAM

Kami menawarkan khidmat Home Tuition bagi UPSR, PMR dan SPM

Khidmat kami meliputi kawasan SHAH ALAM, KLANG, SUBANG, PETALING

Tenaga pengajar kami mempunyai pengalaman luas mengajar di pusat tuisyen dan Home tuition.

Kadar Bayaran bagi setiap subjek ialah
Darjah 1 - 3 RM 30 per Jam
Darjah 4 - 6(UPSR - BM, BI, Math & Sains) RM 35 perJam
Form 1 - 3 (PMR) RM 40 per Jam

Form 4 & 5 (SPM) RM 50 per Jam

Atau anda boleh hantar anak anda ke pusat tuisyen kami (PUSAT TUISYEN CENDEKIA CEMERLANG) di No 25 - 1 (Tingkat 1), Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7, Shah Alam.

Hubungi AZMI 0192653791 atau Norbiza 016-2640388

Shah Alam Tuition Centre

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PUSAT TUISYEN CENDEKIA CEMERLANG


Menawarkan pengajaran berkualiti khusus untuk kecermelangan anak anda

Kelas tuisyen untuk UPSR, PMR dan SPM disediakan

Dibuka dari 9 pagi ke 10 malam. Hubungi AZMI 0192653791 atau Norbiza 016-2640388

PERKHIDMATAN HOME TUITION DISEDIAKAN ATAS PERMINTAAN

Berdasarkan konsep Tutorial

1. Saiz pelajar dalam kelas yang kecil memberikan lebih konsentrasi pada anak anda
2. Lebih tumpuan dalam kelas dan mengurangkan rasa malu bertanya
3. Kelas tuisyen oleh Cikgu berpengalaman dan pakar dalam subjek masing-masing
4. Kami akan berkongsi rahsia belajar berkesan dengan anak anda
5. Kejayaan anak anda kegembiraan kita bersama
6. Berikan kelebihan tuisyen yang sama kepada anak anda seperti bangsa lain

Terbuka pada pelajar darjah 1~6 (UPSR) dan tingkatan 1~5 (PMR & SPM)

DAFTAR SEGERA KERANA MASA YANG TERBUANG TIDAK DAPAT DITEBUS LAGI

6 BULAN LAGI SEBELUM UPSR, PMR DAN SPM