RAHSIA HEBAT MENJAMIN DANA PENDIDIKAN ANAK

DAFTAR TUISYEN

PERKHIDMATAN GURU HOME TUITION BAGI SEMUA PERINGKAT (UPSR, PMR, SPM & DIPLOMA) SILA HUBUNGI CIKGU AZMI
Ditalian 0192653791
KELAS HOME TUITION ARAB & PENDIDIKAN ISLAM juga disediakan
atau hantarkan resume ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Wednesday, March 23, 2011

Sembang Tuisyen : Skor A untuk Pendidikan Islam

Assalamua'laikum Wrmbth,

Tahniah dan syabas kepada adik-adik kita yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Seseungguhnya ini hanyalah tiket yang perlu dimanfaatkan sewajarnya andai anda ingin berjaya.

Kepada mereka yang mendapat keputusan sederhana dan kurang memberangsangkan, teruskan usaha dan ambil iktibar dari pengalaman ini. Ayuh bangkit dan mengorak langkah kehadapan. Ramai jutawan dan orang yang berjaya dalam hidup tidak mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM, tetapi mereka bangkit dari kegagalan dengan semangat waja.

Namun, dalam keghairahan pelajar dan ibubapa menyambut keputusan SPM anak mereka ada isu yang menarik perhatian orang islam yang khususnya melayu belaka.

Ada kaum lain yang mendapat "A+" dalam subjek Tasawwur Islam dan ramai lagi orang melayu yang gagal dalam subjek pendidikan islam.


Secara teorinya, A1 untuk pendidikan islam seharusnya sudah didalam genggaman bagi semua pelajar islam dan menariknya, realiti sebenar jauh dari sangkaan.

Melalui pemerhatian saya, kelas tuisyen PENDIDIKAN ISLAM tidak mendapat sambutan dari pelajar dan ibubapa. Jom pakat ramai-ramai hantar anak ke kelas tuisyen PI.

Ilmu pendidikan islam bukan hanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan. Lebih penting lagi ia menjadi bekalan kepada anak anda di hari muka.

Ingat kah anda kata-kata berikut "Jika anda mahukan kejayaan didunia adalah melalui ilmu, jika mahukan kejayaan akhirat juga dengan ilmu"

No comments:

Post a Comment