RAHSIA HEBAT MENJAMIN DANA PENDIDIKAN ANAK

DAFTAR TUISYEN

PERKHIDMATAN GURU HOME TUITION BAGI SEMUA PERINGKAT (UPSR, PMR, SPM & DIPLOMA) SILA HUBUNGI CIKGU AZMI
Ditalian 0192653791
KELAS HOME TUITION ARAB & PENDIDIKAN ISLAM juga disediakan
atau hantarkan resume ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Wednesday, March 23, 2011

Kelas Tuisyen : Jenis Pelajar

Assalamualaikum Wrmbth,

Susah nak faham pelajaran? Tak faham apa yang cikgu ajar di kelas? Tak ingat apa yang anda baca?

Mesti ramai yang menghadapi dilema diatas semasa belajar. Mengapa ada diantara rakan anda yang mudah faham sesuatu dan sentiasa faham apa yang diajar dengan mudah berbanding anda. Saya ada jawapannya.. Hendak tahu lebih lanjut?

Jawapannya ada dengan MENGENALI DIRI anda sendiri. Macam mana pulak tu ye?

Ini kerana manusia diciptakan Allah dengan 3 jenis cara belajar iaitu secara AUDITORI, VISUAL dan KINESTATIK

1) Jenis pertama AUDITORI :mereka belajar dengan melalui pendengaran.
Cara mereka belajar ialah melalui membaca dengan kuat untuk menghafal sesuatu nota yang diberi oleh cikgu. Tetapi seorang yang auditori, meraka akan tergangu dengan suasana bising ketika mereka cuba menghafal.

2) Jenis kedua VISUAL :mereka akan menghafal sesuatu dengan melihat sahaja. Cara mereka belajar pula dengan melihat contoh nota yang kemas seperti peta minda. Seorang yang Visual ini, kelemahannya ialah mereka mudah lupa apabila mereka cube menghafal.

3) Jenis terakhir KINESTATIK : Iaitu mereka yang belajar melalui perbuatan. Mereka lebih mudah apabila mereka belajar sambil berjalan dan melakukan pergerakan. Mereka dalam kategori kinestatik kurang sesuai belajar dalam kumpulan.

Apa pentingnya anda tahu jenis apa anda tergolong? Jika anda seorang guru, anda harus pelbagaikan cara penerangan kepada pelajar anda supaya kesemuanya faham belaka. Contohnya melalui lawatan dan lakonan pada subjek yang sesuai.

Semoga bermanfaat. Assalamualaikum Wrmbth.

No comments:

Post a Comment