RAHSIA HEBAT MENJAMIN DANA PENDIDIKAN ANAK

DAFTAR TUISYEN

PERKHIDMATAN GURU HOME TUITION BAGI SEMUA PERINGKAT (UPSR, PMR, SPM & DIPLOMA) SILA HUBUNGI CIKGU AZMI
Ditalian 0192653791
KELAS HOME TUITION ARAB & PENDIDIKAN ISLAM juga disediakan
atau hantarkan resume ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Tuesday, March 22, 2011

Sembang Tuisyen: Menggilap potensi Diri

Assalamualaikum Wrmbth,

Semua orang dilahirkan pandai, dan tanggungjawab guru yang sebenar ialah menyedarkan anak murid mereka potensi sebenar dalam diri mereka yang perlu digilap.

Hmm.. Jika semua orang pandai, kenapa ada individu yang lebih cemerlang dari yang lain? Jawapannya ada pada diri pelajar dan persekitaran mereka sendiri.

Contohnya, mengapa ibu bapa yang pandai dan terpelajar mempunyai masalah memupuk sikap rajin belajar dalam diri anak mereka?

Persoalannya, adakah mereka menunjukkan contoh yang baik dirumah? Adakah pembudayaan ilmu berlaku melalui kemudahan mendapatkan bahan bacaan yang baik untuk anak mereka?

Adakah ibubapa yang tidak membaca tetapi memaksa anak mereka membaca akan mendatangkan hasil yang diharapkan? Banyak persoalan yang dilontarkan tetapi jawapannya ramai yang sudah tahu.

Perbuatan lebih mendatangkan kesan dari kata-kata atau "Action speaks louder tahn words". Jadi marilah sama-sama kita luangkan masa membaca buku.
Bak kata bidalan " Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?"

Satu renungan yang ditujukan khusus kepada insan bergelar ibubapa termasuk saya, Insyaallah.

No comments:

Post a Comment