RAHSIA HEBAT MENJAMIN DANA PENDIDIKAN ANAK

DAFTAR TUISYEN

PERKHIDMATAN GURU HOME TUITION BAGI SEMUA PERINGKAT (UPSR, PMR, SPM & DIPLOMA) SILA HUBUNGI CIKGU AZMI
Ditalian 0192653791
KELAS HOME TUITION ARAB & PENDIDIKAN ISLAM juga disediakan
atau hantarkan resume ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Monday, September 12, 2011

Guru Tuisyen Peribadi adalah Guru Kaunseling

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Setelah beberapa ketika saya mengajar tuisyen dirumah pelajar, didapati ramai juga pelajar yang mempunyai masalah peribadi dan perlukan rakan untuk mendengar masalah mereka?

Anak-anak kita adalah pelajar sepenuh masa, bukan robot dan mesin yang tanpa perasaan dan boleh di paksa untuk bekerja. Elemen emosi dalam pengajaran harus diambil berat kerana keadaan sahsiah yang baik dapat memberikan anjakan semangat untuk berjaya.

Jika di pejabat, para pekerja mengharapkan penghargaan majikan mereka, anak-anak pula mengharapkan perhatian dan tunjuk ajar ibubapa dan guru.

Peringkat paling tinggi yang jarang dicapai oleh golongan muda adalah bekerja dan melakukan sesuatu dengan ikhlas untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Jadi, sebagai guru tuisyen yang juga merupakan ibubapa, suami,isteri dan lain-lain .. layanlah anak murid anda sebagaimana anda mengharapkan guru-guru melayan anak anda. Allah swt maha adil kerana jika hari ini anda membuat kerja sambil lewa dan mengabaikan tanggungjawab mengajar dengan jujur lihatlah pada masa depan bagaimana orang lain melayan anak anda.

Peringatan kepada diri sendiri supaya tidak leka mengejar wang dan mengabaikan tanggungjawab.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment