RAHSIA HEBAT MENJAMIN DANA PENDIDIKAN ANAK

DAFTAR TUISYEN

PERKHIDMATAN GURU HOME TUITION BAGI SEMUA PERINGKAT (UPSR, PMR, SPM & DIPLOMA) SILA HUBUNGI CIKGU AZMI
Ditalian 0192653791
KELAS HOME TUITION ARAB & PENDIDIKAN ISLAM juga disediakan
atau hantarkan resume ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Thursday, September 15, 2011

Ibu Bapa Perlu Lapor Kepada Jabatan Agama Islam Jika Guru Cuba Sebar Agama Lain - TPM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ibu bapa perlu melaporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing jika terdapat guru atau guru tuisyen yang cuba menyebarkan agama lain kepada anak-anak yang beragama Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata Jabatan Agama Islam di negeri-negeri mempunyai kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan kesahihan perkara tersebut sebelum melaporkan kepada Jabatan Agama Islam, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan & Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras di sini Khamis.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang mendakwa seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama di sini, mengajar murid-muridnya yang kebanyakan mereka beragama Islam menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
Dilaporkan murid-murid beragama Islam yang belajar di kelas tuisyen yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu telah diajar menyanyikan lagu 'Yes, I know Jesus loves me' dan 'Hari ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib.
Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan mampu bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib dan difahamkan, para murid tersebut diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau dimaklumkan pusat tuisyen itu bukan diadakan di dalam kawasan sekolah di situ tetapi di luar sekolah.
Ibu bapa pelajar yang terlibat perlu menyiasat bagi memastikan keadaan sebenar dan Kementerian Pelajaran akan pantau perkara tersebut, katanya.
"Hal begini tak boleh dilakukan, kerana kita ada undang-undang tertentu (dan) enakmen tertentu," katanya.
Sementara itu, mengenai isu peletakan jawatan 146 staf akademik Universiti Malaya sejak 2009 kerana didakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Muhyiddin berkata adalah tanggungjawab Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mendapatkan laporan yang sebenar.
"Perlu melihat apakah isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh mereka dengan Naib Canselor, dan lihat apakah hal-hal lain yang menyebabkan mereka mengambil langkah-langkah demikian.
"Kita tidak boleh membuat andaian di peringkat awal," katanya.
Beliau berkata apa yang penting adalah memastikan pentadbiran universiti itu berjalan dengan baik, dan hubungan antara kakitangan dan pimpinan tertinggi berjalan dengan akrab.
Ini merupakan sasaran untuk mencapai kecemerlangan di peringkat universiti, katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Setiausaha kementerian itu Tan Sri Mahmood Adam dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment