Assalamu'alaikum Wrmbth,
Semua ibubapa memang beruntung kerana dikurniakan anak dan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Ramai pasangan yang berkehendakkan anak tetapi masih belum punya rezeki.
Dari aspek pembangunan negara, mereka bakal menentukan masa depan sesebuah negara. Menyedari kepentingan golongan muda ini kepada kita, ramai musuh sedang menunggu kecuaian kita dan memasang jerat untuk mencemari pemikiran anak-anak.
Kisah ini berlaku semalam, semasa saya sedang mengajar salah seorang anak murid saya. Sasya (Bukan nama sebenar) amat gembira kerana rakan baiknya menghadiahinya seutas rantai kunci yang berwarna warni.
Bayangkan kegembiraan seorang anak riang berusia 10 tahun yang sememangnya masih suci ini. Kecerian jelas terpancar di riak wajahnya. Semasa kelas, saya pun ternampak rantai kuncinya yang unik itu. Boleh lihat gambar dibawah
Sekali pandang memang macam gula-gula kan (dan itulah sangkaan anak murid saya).. Setelah diperiksa dengan lebih teliti, rupa-rupanya keychain tersebut adalah K_ND_M.. Ya Allah..
Setelah disiasat, rupa-rupanya rakan pelajar saya membelinya dari kedai berdekatan rumahnya. Ibubapa keluarga terbabit telah pun dimaklumkan dan telah mengambil tindakan lanjut.
Demi masa depan anak-anak kita dan sudah tentu anak saya kelak, kita wajar peka dengan sebarang usaha DURJANA ini.
Semoga Allah melindungi anak-anak kita dari gelombang kuning ini.
(P/S: Kisah ini adalah benar dan saya merahsiakan identiti pelajar tersebut bagi menjaga keperibadian mereka) Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment